Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

491. Section 491

Feedback & support
(1)

Jika suatu perintah dibuat supaya syarikat dibubarkan, syarikat itu hendaklah dari tarikh perintah itu, dibubarkan dengan sewajarnya.

(2)

Mahkamah—

(a)

boleh menyebabkan suatu laporan mengenai akaun seseorang penyelesai, selain Pegawai Penerima, disediakan oleh

Pegawai Penerima atau oleh juruaudit berkelayakan yang dilantik oleh Mahkamah;

(b)

setelah penyelesai mematuhi semua kehendak Mahkamah, hendaklah mengambil kira laporan itu dan apa-apa bantahan yang ditegaskan oleh Pegawai Penerima, juruaudit atau mana-mana pemiutang atau penyumbang atau orang lain yang mempunyai kepentingan terhadap pelepasan penyelesai itu; dan

(c)

hendaklah sama ada memberikan atau menahan pelepasan itu dengan sewajarnya.

(3)

Jika pelepasan seseorang penyelesai ditahan, Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pemiutang atau penyumbang atau orang yang mempunyai kepentingan, membuat apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkannya wajar yang mempertanggungkan penyelesai itu bagi apa-apa perbuatan atau keingkaran yang dilakukan atau dibuat yang bercanggah dengan kewajipannya.

556 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(4)

Suatu perintah Mahkamah yang melepaskan penyelesai hendaklah membebaskannya daripada segala liabiliti berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau keingkaran yang dibuat olehnya dalam mentadbir hal ehwal syarikat atau selainnya berhubung dengan perlakuannya sebagai penyelesai, tetapi apa-apa perintah itu boleh dibatalkan apabila dibuktikan bahawa perintah itu diperoleh secara fraud atau melalui penahanan atau penyembunyian apa-apa fakta material.

(5)

Jika penyelesai dahulunya tidak meletakkan jawatan atau tidak dipecat, pelepasan penyelesai itu hendaklah berkuat kuasa sebagai suatu pemecatan daripada jawatan.

(6)

Jika Mahkamah membuat—

(a)

suatu perintah supaya penyelesai dilepaskan; atau

(b)

suatu perintah supaya penyelesai dilepaskan dan syarikat dibubarkan, suatu salinan pejabat bagi perintah itu hendaklah, dalam masa empat belas hari dari perintah itu dibuat, diserah simpan oleh penyelesai dengan Pendaftar dan Pegawai Penerima.

(7)

Mana-mana penyelesai yang melanggar kehendak subseksyen (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Subpenggal 9

Kuasa Am Mahkamah dalam Penggulungan oleh Mahkamah

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules