Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

489. Section 489

Feedback & support
(1)

Dengan seberapa cepat yang dapat dilaksanakan selepas suatu perintah penggulungan dibuat oleh Mahkamah, penyelesai hendaklah—

(a)

menyebabkan harta syarikat dipungut dan digunakan untuk melepaskan liabiliti syarikat; dan

(b)

menimbangkan sama ada subseksyen (2) menghendaki penetapan suatu senarai penyumbang.

(2)

Seorang penyelesai bagi sesuatu syarikat yang digulung oleh

Mahkamah, hendaklah menetapkan suatu senarai penyumbang jika penyelesai itu mendapati berkemungkinan bahawa—

(a)

sama ada—

554 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(i)

terdapat orang yang bertanggungan sebagai anggota atau anggota dahulu untuk menyumbang kepada harta syarikat selepas penggulungan itu; atau

(ii)

akan terdapat lebihan yang tersedia bagi pembahagian;

dan

(b)

adalah perlu—

(i)

untuk membuat panggilan kepada penyumbang; atau

(ii)

untuk melaraskan hak penyumbang di kalangan mereka.

(3)

Seseorang penyelesai boleh membetulkan daftar anggota dalam semua hal jika pembetulan dikehendaki di bawah Penggal ini.

(4)

Dalam menetapkan senarai penyumbang, penyelesai hendaklah membezakan antara orang yang menjadi penyumbang yang berhak dengan orang yang menjadi penyumbang sebagai wakil atau bertanggungan bagi hutang orang lain.

(5)

Senarai penyumbang apabila ditetapkan hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang liabiliti orang-orang yang dinamakan dalam senarai itu sebagai penyumbang.

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules