Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

493. Kuasa Mahkamah untuk menamatkan penggulungan

Feedback & support
(1)

Pada bila-bila masa selepas suatu perintah bagi penggulungan dibuat, Mahkamah boleh, atas permohonan penyelesai atau mana-mana pemiutang atau penyumbang dan apabila dibuktikan sehingga memuaskan hati Mahkamah bahawa segala prosiding berhubung dengan penggulungan syarikat patut ditamatkan, membuat suatu perintah yang menamatkan penggulungan syarikat itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

(2)

Dalam membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1),

Mahkamah boleh mengambil kira, tetapi tidak terhad kepada, fakta yang berikut:

(a)

penyelesaian hutang;

(b)

apa-apa persetujuan oleh penyelesai, pemiutang, penyumbang dan pihak lain yang berkepentingan; atau

(c)

fakta lain yang difikirkan wajar oleh Mahkamah.

(3)

Jika

Mahkamah membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1), syarikat terhenti daripada penyelesaian dan penyelesai terhenti memegang jawatan dan dilepaskan daripada segala liabiliti berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau keingkaran yang dibuat oleh penyelesai dalam pentadbiran hal ehwal syarikat itu atau selainnya berhubung dengan perlakuannya sebagai penyelesai,

558 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

berkuat kuasa dari perintah itu dibuat atau apa-apa tarikh lain sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules