Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

522. Section 522

Feedback & support
(1)

Hakim Mahkamah Sesyen hendaklah menjadi pesuruhjaya bagi maksud mengambil keterangan di bawah Bahagian ini, dan

Mahkamah boleh merujuk keseluruhan atau mana-mana bahagian pemeriksaan mana-mana saksi di bawah Bahagian ini kepada mana-mana orang yang dilantik sebagai pesuruhjaya.

(2)

Tiap-tiap pesuruhjaya hendaklah, sebagai tambahan kepada apa-apa kuasa yang boleh dijalankannya secara sah sebagai Hakim

Mahkamah Sesyen, dalam perkara yang dirujuk sedemikian kepadanya mempunyai kuasa yang sama seperti Mahkamah untuk—

(a)

memanggil dan memeriksa saksi;

(b)

menghendaki pengemukaan atau penghantarserahan dokumen;

(c)

menghukum keingkaran oleh saksi; dan

(d)

membenarkan kos dan perbelanjaan kepada saksi.

(3)

Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah, pengambilan keterangan oleh pesuruhjaya hendaklah dibuat dalam mahkamah terbuka dan hendaklah terbuka kepada orang ramai.

(4)

Pemeriksaan yang dibuat sedemikian hendaklah diserahkan atau dilaporkan kepada Mahkamah mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah.

Syarikat 579

Subpenggal 2

Bukti dan Kedudukan Tuntutan

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules