Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

523. Perihalan hutang yang boleh dibuktikan dalam penggulungan

Feedback & support
(1)

Tuntutan yang bersifat ganti rugi jumlah tidak tertentu yang berbangkit selain oleh sebab sesuatu kontrak, janji atau pecah amanah tidak boleh dibuktikan dalam penggulungan.

(2)

Seseorang yang mengetahui tentang apa-apa perintah penggulungan dalam penggulungan oleh Mahkamah atau ketetapan yang diluluskan dalam penggulungan sukarela tidak boleh membuktikan di bawah penggulungan itu bagi apa-apa hutang atau liabiliti yang dibuat kontrak oleh syarikat selepas tarikh dia mengetahui sedemikian.

(3)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) dan (2), segala hutang dan liabiliti pada masa sekarang atau pada masa hadapan, yang pasti atau di luar jangkaan, yang kepadanya syarikat adalah tertakluk pada tarikh perintah penggulungan atau ketetapan itu, atau yang kepadanya syarikat boleh menjadi tertakluk sebelum pembubaran oleh sebab apa-apa obligasi yang dilakukan sebelum tarikh perintah penggulungan itu hendaklah disifatkan sebagai hutang yang boleh dibuktikan dalam penggulungan.

(4)

Suatu anggaran hendaklah dibuat oleh penyelesai tentang nilai apa-apa hutang atau tanggungan yang boleh dibuktikan di bawah subseksyen (3) yang, oleh sebab hutang atau liabiliti itu menjadi tertakluk pada apa-apa hal luar jangka atau bagi apa-apa sebab lain, tidak mempunyai nilai yang pasti.

(5)

Mana-mana orang yang terkilan dengan anggaran yang dibuat di bawah subseksyen (4) boleh merayu kepada Mahkamah.

(6)

Jika pada pendapat Mahkamah, nilai hutang atau liabiliti tidak boleh dianggarkan dengan adil, Mahkamah boleh membuat suatu perintah mengenai perkara itu, dan hutang atau liabiliti itu hendaklah bagi maksud Akta ini disifatkan sebagai hutang yang tidak boleh dibuktikan dalam penggulungan.

580 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(7)

Jika pada pendapat Mahkamah, nilai hutang atau liabiliti boleh dianggarkan dengan adil, Mahkamah boleh menilai hutang atau liabiliti itu dan boleh memberikan segala arahan yang perlu bagi maksud ini, dan amaun nilai apabila dinilai hendaklah disifatkan sebagai hutang yang boleh dibuktikan dalam penggulungan.

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules