Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

524. Hak dan kewajipan pemiutang bercagar

Feedback & support
(1)

Seorang pemiutang bercagar boleh—

(a)

mendapatkan harta tertakluk pada sesuatu gadaian, jika berhak untuk berbuat demikian;

(b)

menilai harta tertakluk pada gadaian dan menuntut dalam penggulungan sebagai pemiutang tidak terjamin bagi baki yang kena dibayar, jika ada; atau

(c)

menyerahkan gadaian kepada penyelesai bagi faedah umum pemiutang dan menuntut dalam penggulungan sebagai pemiutang tidak bercagar bagi keseluruhan hutang.

(2)

Seorang pemiutang bercagar boleh menjalankan kuasa yang disebut dalam perenggan (1)(a) sama ada pemiutang bercagar itu menjalankan kuasa yang disebut dalam perenggan (1)(b) atau tidak.

(3)

Seseorang pemiutang bercagar yang mendapatkan harta tertakluk pada suatu gadaian di bawah perenggan (1)(a)—

(a)

boleh, melainkan jika penyelesai menerima suatu penilaian dan tuntutan oleh pemiutang bercagar di bawah subseksyen (7), menuntut sebagai pemiutang tidak terjamin bagi apa-apa baki yang kena dibayar selepas menolak amaun bersih yang didapatkan;

(b)

hendaklah mengakaunkan kepada penyelesai apa-apa lebihan yang tinggal daripada amaun bersih yang didapatkan selepas menjelaskan hutang, termasuk faedah yang kena dibayar tetapi yang tidak melebihi enam bulan, berkenaan dengan hutang itu sehingga masa penyelesaiannya, dan selepas

Syarikat 581

membuat apa-apa bayaran yang sepatutnya kepada pemegang apa-apa gadaian lain ke atas harta tertakluk pada gadaian itu.

(4)

Jika seseorang pemiutang bercagar menilai jaminan dan menuntut sebagai pemiutang tidak bercagar bagi baki yang kena dibayar di bawah perenggan (1)(a) dan (b), jika ada, penilaian itu dan apa-apa tuntutan hendaklah dibuat mengikut cara yang ditentukan oleh

Pendaftar dan—

(a)

mengandungi butir-butir penuh tentang penilaian itu dan apa-apa tuntutan;

(b)

mengandungi butir-butir penuh tentang gadaian termasuk tarikh gadaian itu diberikan; dan

(c)

mengenal pasti apa-apa dokumen yang menyokong tuntutan dan gadaian itu.

(5)

Penyelesai boleh menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen yang disebut dalam perenggan (4)(c).

(6)

Jika sesuatu tuntutan dibuat oleh pemiutang bercagar di bawah subseksyen (4), penyelesai hendaklah—

(a)

menerima penilaian dan tuntutan itu; atau

(b)

menolak penilaian dan tuntutan itu dengan sepenuhnya atau sebahagiannya, tetapi—

(i)

jika sesuatu penilaian dan tuntutan ditolak dengan sepenuhnya atau sebahagiannya, pemiutang boleh membuat suatu penilaian dan tuntutan semakan dalam masa empat belas hari dari penerimaan notis tentang penolakan itu; dan

(ii)

penyelesai boleh, jika dia selepas itu berpendapat bahawa sesuatu penilaian dan tuntutan ditolak secara salah dengan sepenuhnya atau sebahagiannya, membatalkan atau meminda keputusan itu.

582 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(7)

Jika penyelesai—

(a)

menerima suatu penilaian dan tuntutan di bawah perenggan (6)(a);

(b)

menerima suatu penilaian dan tuntutan semakan di bawah subperenggan (6)(b)(i); atau

(c)

menerima suatu penilaian dan tuntutan setelah dibatalkan atau dipinda sesuatu keputusan untuk menolak tuntutan di bawah subperenggan (6)(b)(ii), penyelesai boleh, melainkan jika pemiutang bercagar telah mendapatkan harta, pada bila-bila masa, menebus jaminan setelah dibayar nilai yang ditaksir.

(8)

Penyelesai boleh pada bila-bila masa, melalui notis secara bertulis, menghendaki seseorang pemiutang bercagar, dalam masa dua puluh satu hari dari penerimaan notis itu, supaya—

(a)

memilih mana-mana kuasa yang disebut dalam subseksyen (1)

yang mahu dijalankan oleh pemiutang; dan

(b)

jika pemiutang memilih untuk menjalankan kuasa yang disebut dalam perenggan (1)(b) atau (c), menjalankan kuasa itu dalam tempoh itu.

(9)

Seorang pemiutang bercagar yang kepadanya notis telah disampaikan di bawah subseksyen (8) yang tidak mematuhi notis itu dikira sebagai telah menyerahkan gadaian kepada penyelesai di bawah perenggan (1)(c) bagi faedah umum pemiutang, dan boleh menuntut dalam penyelesaian sebagai pemiutang tidak bercagar bagi keseluruhan hutang.

(10)

Seseorang pemiutang bercagar yang menyerahkan suatu gadaian di bawah perenggan (1)(c) atau yang dikira sebagai telah menyerahkan suatu gadaian di bawah subseksyen (9) boleh, dengan keizinan Mahkamah atau penyelesai dan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah atau

Syarikat 583

penyelesai, pada bila-bila masa sebelum penyelesai mendapatkan harta yang digadaikan—

(a)

menarik balik penyerahan itu dan bergantung kepada gadaian; atau

(b)

mengemukakan suatu tuntutan baru di bawah seksyen ini.

(11)

Tiap-tiap orang yang—

(a)

membuat, atau membenarkan supaya dibuat, suatu tuntutan di bawah subseksyen (4) yang palsu atau mengelirukan mengenai butir-butir material dengan mengetahui bahawa ia adalah palsu atau mengelirukan; atau

(b)

meninggalkan, atau membenarkan supaya ditinggalkan, daripada suatu tuntutan di bawah subseksyen itu tentang apa-apa perkara dengan mengetahui bahawa peninggalan itu menjadikan tuntutan itu palsu atau mengelirukan mengenai butir-butir material, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apaiblan disabitkan, didenda tidak lebih daripada satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules