Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

525. Hak dan kewajipan pemiutang tidak bercagar

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap pemiutang hendaklah membuktikan hutangnya dengan serta-merta selepas suatu perintah penggulungan dibuat.

(2)

Sesuatu hutang boleh dibuktikan dengan menyampaikan atau menghantar suatu afidavit melalui pos dengan surat prabayar kepada penyelesai.

(3)

Afidavit hendaklah—

(a)

menentusahkan hutang;

584 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(b)

dibuat oleh pemiutang sendiri atau oleh mana-mana orang yang diberi kuasa oleh atau bagi pihak pemiutang atau estetnya dan jika dibuat oleh seseorang yang diberi kuasa sedemikian, afidavit itu hendaklah menyatakan kuasa dan sumber pengetahuan orang itu;

(c)

mengandungi atau merujuk kepada suatu penyata akaun yang menunjukkan butir-butir hutang dan hendaklah menyatakan baucar, jika ada, yang melaluinya penyata akaun itu boleh disokong; dan

(d)

menyatakan sama ada pemiutang merupakan pemiutang bercagar atau tidak.

(4)

Penyelesai boleh pada bila-bila masa meminta pengemukaan baucar atau buku akaun.

(5)

Seseorang pemiutang hendaklah menanggung kos bagi membuktikan hutangnya melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya secara khusus.

(6)

Tiap-tiap pemiutang yang menyerah simpan suatu bukti adalah berhak untuk melihat dan memeriksa bukti pemiutang lain pada setiap masa yang munasabah.

(7)

Seseorang pemiutang yang membuktikan hutangnya hendaklah menolak daripada hutangnya segala diskaun perdagangan, tetapi orang itu tidak boleh dipaksa untuk menolak apa-apa diskaun yang tidak melebihi lima peratus ke atas amaun bersih tuntutannya, yang dia bersetuju untuk membenarkan bagi bayaran secara tunai.

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules