Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

528. Keutamaan tidak wajar

Feedback & support
(1)

Apa-apa pemindahan, gadai janji, penghantaran barang, bayaran, pelaksanaan atau perbuatan lain yang berhubungan dengan harta yang dibuat atau dilakukan oleh atau terhadap sesuatu syarikat yang tidak mampu membayar hutangnya, apabila hutang itu menjadi kena dibayar, daripada wangnya sendiri yang memihak kepada mana-mana pemiutang atau mana-mana orang sebagai amanah bagi mana-mana pemiutang hendaklah disifatkan telah memberi pemiutang itu keutamaan mengatasi pemiutang lain sekiranya syarikat itu digulung apabila petisyen penggulungan dikemukakan dalam masa enam bulan dari tarikh dibuat atau dilakukan dan tiap-tiap perbuatan itu hendaklah disifatkan sebagai fraud dan terbatal.

(2)

Tarikh pengemukaan petisyen penggulungan hendaklah—

(a)

dalam hal penggulungan oleh Mahkamah—

(i)

tarikh pengemukaan petisyen; atau

(ii)

jika sebelum pengemukaan petisyen suatu ketetapan telah diluluskan oleh syarikat bagi penggulungan sukarela, tarikh ketetapan untuk menggulung syarikat secara sukarela diluluskan; dan

(b)

dalam hal penggulungan sukarela, tarikh penggulungan itu disifatkan telah bermula oleh Akta ini.

(3)

Apa-apa pemindahan atau penyerahhakan oleh sesuatu syarikat bagi semua hartanya kepada pemegang amanah bagi faedah semua pemiutangnya hendaklah terbatal.

(4)

Apa-apa pemindahan, gadai janji, penghantaran barangan, pembayaran, pelaksanaan atau perbuatan lain yang berhubungan dengan harta yang dibuat atau dilakukan oleh atau terhadap syarikat yang melanggar seksyen ini adalah tidak sah kecuali jika ia memihak

590 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

kepada mana-mana orang yang berurusan dengan syarikat bagi balasan berharga dan tanpa apa-apa notis sebenar pelanggaran itu.

(5)

Bagi maksud seksyen ini, “balasan berharga” ertinya balasan nilai wang yang adil dan munasabah berhubung dengan—

(a)

nilai harta yang disampaikan, diserah hak atau dipindah milik; atau

(b)

manfaat yang diketahui atau yang dijangkakan semunasabahnya daripada kontrak, urus niaga atau transaksi.

(6)

Bagi maksud seksyen ini, “notis” termasuklah pengetahuan tentang ketidakupayaan untuk membayar hutang oleh syarikat itu atau mana-mana prosiding penggulungan terhadap syarikat itu atau tentang fakta mencukupi untuk menunjukkan kepada orang yang berurusan dengan syarikat yang digulung.

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules