Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

527. Keutamaan

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada Akta ini, dalam sesuatu penggulungan hendaklah dibayar mengikut keutamaan berbanding dengan semua hutang tidak bercagar lain—

(a)

yang pertama, kos dan perbelanjaan penggulungan termasuk kos pempetisyen yang dicukai yang kena dibayar di bawah seksyen 468, saraan penyelesai dan kos apa-apa audit yang dijalankan di bawah seksyen 514;

(b)

yang kedua, semua upah atau gaji, sama ada diperoleh sepenuhnya atau sebahagiannya dengan cara komisyen atau tidak, termasuk apa-apa amaun yang kena dibayar dengan cara elaun atau pembayaran balik di bawah mana-mana kontrak pekerjaan atau award atau perjanjian yang mengawal selia syarat-syarat pekerjaan, mana-mana pekerja tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau apa-apa amaun lain sebagaimana yang ditetapkan sama ada bagi masa atau butiran kerja berkenaan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja itu kepada syarikat dalam tempoh empat bulan sebelum permulaan penggulungan;

(c)

yang ketiga, semua amaun yang kena dibayar berkenaan dengan pampasan pekerja di bawah mana-mana undang-

586 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

undang bertulis yang berhubungan dengan pampasan pekerja yang terakru sebelum permulaan penggulungan;

(d)

yang keempat, semua saraan yang kena dibayar kepada mana-mana pekerja berkenaan dengan cuti rehat, atau dalam hal kematiannya kepada mana-mana orang lain yang berhak kepadanya, yang terakru berkenaan dengan apa-apa tempoh sebelum permulaan penggulungan;

(e)

yang kelima, semua amaun yang kena dibayar berkenaan dengan sumbangan yang kena dibayar sepanjang dua belas bulan yang berikut sebelum permulaan penggulungan oleh syarikat sebagai majikan mana-mana orang di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan caruman keselamatan sosial pekerja dan persaraan atau kumpulan wang simpanan atau di bawah apa-apa skim persaraan atau faedah persaraan yang merupakan suatu skim diluluskan di bawah undang-undang persekutuan yang berhubungan dengan cukai pendapatan; dan

(f)

yang keenam, amaun semua cukai persekutuan yang ditaksir di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebelum tarikh permulaan penggulungan atau ditaksir pada bila-bila masa sebelum masa yang ditetapkan bagi membuktikan hutang habis tempoh.

(2)

Hutang dalam setiap kelas yang dinyatakan dalam subseksyen (1) hendaklah pada kedudukan mengikut susunan yang dinyatakan dalam subseksyen itu tetapi hutang daripada kelas yang sama hendaklah pada kedudukan pari passu dan hendaklah dibayar dengan sepenuhnya, melainkan jika harta syarikat tidak mencukupi untuk menjelaskan hutang itu, yang dalam hal itu bayaran hendaklah dikurangkan dan kadar pengurangan hendaklah mengikut kadar yang sama.

(3)

Jika apa-apa bayaran telah dibuat kepada mana-mana pekerja syarikat bagi upah, gaji atau cuti rehat daripada wang yang didahulukan oleh seseorang bagi maksud itu, orang yang olehnya wang telah didahulukan hendaklah, dalam penggulungan, mempunyai hak keutamaan berkenaan dengan wang yang didahulukan dan dibayar

Syarikat 587

sedemikian, sehingga amaun wang yang berkenaan dengannya pekerja sepatutnya berhak mendapat keutamaan dalam penggulungan telah dikurangkan oleh sebab pembayaran, dan hendaklah mempunyai hak keutamaan yang sama berkenaan dengan amaun itu sebagaimana yang sepatutnya dipunyai oleh pekerja itu jika pembayaran tidak dibuat.

(4)

Setakat yang aset syarikat yang tersedia bagi pembayaran pemiutang am tidak mencukupi untuk menjelaskan mana-mana hutang keutamaan yang dinyatakan dalam perenggan (1)(b), (d) dan (e) dan apa-apa amaun yang kena dibayar mengikut keutamaan menurut kuasa subseksyen (3), hutang itu hendaklah mempunyai keutamaan daripada tuntutan pemegang debentur di bawah mana-mana gadaian terapung yang diwujudkan oleh syarikat itu, dan hendaklah dibayar dengan sewajarnya daripada apa-apa harta yang terkandung dalam atau tertakluk pada gadaian itu.

(5)

Jika syarikat adalah di bawah suatu kontrak insurans, yang dibuat sebelum permulaan penggulungan, yang diinsuranskan terhadap liabiliti kepada pihak ketiga, jika apa-apa liabiliti itu dilakukan oleh syarikat, sama ada sebelum atau selepas permulaan penggulungan, dan suatu amaun berkenaan dengan liabiliti itu sedang atau telah diterima oleh syarikat atau penyelesai daripada penanggung insurans, amaun itu hendaklah, selepas menolak apa-apa perbelanjaan bagi atau bersampingan dalam memperoleh amaun itu, dibayar oleh penyelesai kepada pihak ketiga yang berkenaan dengannya liabiliti itu dilakukan setakat yang perlu untuk melepaskan liabiliti itu atau mana-mana bahagian liabiliti itu yang masih tidak dilepaskan mengikut keutamaan daripada semua bayaran berkenaan dengan hutang yang disebut dalam subseksyen (1).

(6)

Jika liabiliti penanggung insurans kepada syarikat adalah kurang daripada liabiliti syarikat kepada pihak ketiga, tiada apa-apa jua dalam subseksyen (5) boleh membataskan hak pihak ketiga itu berkenaan dengan baki itu.

(7)

Subseksyen (5) dan (6) hendaklah mempunyai kuat kuasa walau apa pun apa-apa perjanjian sebaliknya yang dibuat selepas permulaan kuat kuasa Akta ini.

(8)

Walau apa pun apa-apa jua dalam subseksyen (1)—

588 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(a)

perenggan (c) subseksyen itu tidak terpakai berhubung dengan penggulungan sesuatu syarikat dalam apa-apa hal jika syarikat digulung secara sukarela semata-mata bagi maksud pembentukan semula atau penggabungan dengan syarikat yang lain dan hak kepada pampasan selepas pembentukan semula atau penggabungan itu dipelihara bagi orang yang berhak kepadanya, atau jika syarikat membuat sesuatu kontrak dengan penanggung insurans berkenaan dengan apa-apa liabiliti di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pampasan pekerja; dan

(b)

jika sesuatu syarikat telah memberikan jaminan bagi pembayaran atau pembayaran semula apa-apa amaun yang berkaitan dengan perenggan (1)(f), perenggan itu hendaklah terpakai hanya berhubung dengan baki apa-apa amaun itu yang tinggal yang kena dibayar selepas menolak daripadanya amaun bersih yang didapatkan daripada jaminan itu.

(9)

Jika dalam apa-apa penggulungan aset telah didapatkan di bawah suatu tanggung rugi bagi kos litigasi yang diberikan oleh pemiutang tertentu, atau telah dilindungi atau dipelihara dengan bayaran wang atau pemberian tanggung rugi oleh pemiutang, atau jika perbelanjaan yang berhubung dengannya seseorang pemiutang menanggung rugi penyelesai, telah didapatkan, Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkannya adil mengenai pembahagian aset itu dan amaun perbelanjaan itu yang didapatkan sedemikian dengan tujuan untuk memberi pemiutang itu suatu manfaat mengatasi yang lain sebagai balasan kepada risiko yang dialami oleh pemiutang dengan berbuat demikian.

(10)

Tertakluk pada Akta ini, semua hutang yang dibuktikan dalam sesuatu penggulungan hendaklah dibayar secara pari passu.

Syarikat 589

Subpenggal 3

Kesan ke atas Transaksi Lain

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules