Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
530. Hak penyelesai untuk mendapatkan berkenaan dengan jualan tertentu kepada atau oleh syarikat
Feedback & supportJika apa-apa harta, perniagaan atau pengusahaan diperoleh oleh sesuatu syarikat bagi suatu balasan wang tunai, penyelesai boleh mendapatkan apa-apa amaun yang baginya balasan wang tunai bagi pemerolehan itu melebihi nilai harta, perniagaan atau pengusahaan itu pada masa pemerolehannya daripada—
seseorang yang pada masa pemerolehan itu merupakan pengarah syarikat itu atau seseorang yang berkaitan dengan pengarah; atau
sesuatu syarikat yang baginya, pada masa pemerolehan itu, seseorang merupakan pengarah yang juga menjadi pengarah syarikat yang mula-mula disebut itu atau seseorang yang berkaitan dengan pengarah.
Jika apa-apa harta, perniagaan atau pengusahaan dijual oleh sesuatu syarikat bagi balasan tunai, penyelesai boleh mendapatkan apa-apa amaun yang baginya nilai harta, perniagaan atau pengusahaan itu melebihi balasan wang tunai pada masa penjualannya daripada—
seseorang yang pada masa pemerolehan merupakan pengarah syarikat itu atau seseorang yang berkaitan dengan pengarah;
atau
sesuatu syarikat yang baginya, pada masa pemerolehan, seseorang merupakan pengarah yang juga menjadi pengarah syarikat yang mula-mula disebut atau seseorang yang berkaitan dengan pengarah.
Amaun yang didapatkan dalam subseksyen (1) atau (2)
hendaklah merujuk kepada pemerolehan atau penjualan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dibuat dalam tempoh dua tahun sebelum—
dalam hal penggulungan oleh Mahkamah, pengemukaan petisyen penggulungan terhadap syarikat; atau 592 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
dalam hal penggulungan sukarela, kelulusan ketetapan untuk menggulung syarikat.
Bagi maksud seksyen ini, nilai harta, perniagaan atau pengusahaan termasuklah nilai apa-apa nama baik atau keuntungan yang mungkin diperoleh daripada perniagaan atau pengusahaan itu atau balasan yang seumpamanya.
Dalam seksyen ini, “balasan tunai”, berhubung dengan sesuatu pemerolehan atau penjualan oleh sesuatu syarikat, ertinya balasan bagi pemerolehan atau penjualan itu yang kena dibayar selain melalui pengeluaran syer dalam syarikat itu.