Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
534. Kewajipan bailif mengenai barang yang diambil semasa pelaksanaan
Feedback & supportTertakluk pada subseksyen (3), jika apa-apa barang sesuatu syarikat diambil pada pelaksanaan dan, sebelum penjualan barang itu atau penyempurnaan pelaksanaan dengan diterima atau didapatkan amaun levi sepenuhnya, notis disampaikan kepada bailif bahawa penyelesai telah dilantik atau bahawa suatu perintah penggulungan telah dibuat atau bahawa suatu ketetapan bagi penggulungan sukarela telah diluluskan, bailif hendaklah, setelah diminta sedemikian, menghantar barang dan apa-apa wang yang disita atau diterima sebagai penyelesaian sebahagian daripada pelaksanaan itu kepada penyelesai, tetapi kos pelaksanaan hendaklah menjadi gadaian pertama ke atas barang atau wang yang dihantar sedemikian, dan penyelesai boleh menjual barang itu, atau sebahagian daripada barang itu yang mencukupi, bagi maksud menyelesaikan gadaian itu.
Tertakluk pada subseksyen (4), jika di bawah suatu pelaksanaan berkenaan dengan penghakiman bagi suatu jumlah yang melebihi satu ratus ringgit, barang sesuatu syarikat dijual atau wang dibayar untuk mengelak jualan, bailif hendaklah menolak kos pelaksanaan daripada hasil jualan atau wang yang dibayar dan memegang simpan baki selama empat belas hari.
Jika dalam tempoh pelaksanaan notis disampaikan kepada bailif tentang suatu petisyen bagi penggulungan syarikat yang telah dikemukakan atau tentang mesyuarat yang dipanggil yang dalamnya dicadangkan suatu ketetapan bagi penggulungan sukarela dan suatu perintah dibuat atau ketetapan diluluskan bagi penggulungan, bailif itu hendaklah membayar baki kepada penyelesai yang berhak memegang simpan baki itu berbanding dengan pemiutang pelaksanaan.
Hak yang diberikan oleh seksyen ini kepada penyelesai boleh diketepikan oleh Mahkamah dengan memihak kepada pemiutang setakat dan tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.
598 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
Kuasa Mahkamah untuk mengisytiharkan pembubaran syarikat adalah terbatal