Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
533. Sekatan ke atas hak pemiutang mengenai pelaksanaan atau penahanan
Feedback & supportJika seseorang pemiutang mengeluarkan pelaksanaan terhadap barang atau tanah sesuatu syarikat atau menahan apa-apa hutang yang kena dibayar kepada syarikat itu dan syarikat itu kemudiannya digulung, pemiutang itu tidak berhak memegang simpan faedah pelaksanaan atau penahanan itu terhadap penyelesai melainkan jika dia menyempurnakan pelaksanaan atau penahanan itu sebelum tarikh permulaan penggulungan, tetapi—
jika mana-mana pemiutang mengetahui tentang mesyuarat yang dipanggil yang dalamnya suatu ketetapan bagi penggulungan sukarela dicadangkan, tarikh pemiutang mengetahui itu hendaklah bagi maksud seksyen ini digantikan dengan tarikh permulaan penggulungan;
seseorang yang membeli dengan suci hati di bawah suatu jualan oleh bailif apa-apa barang sesuatu syarikat yang ke atasnya suatu pelaksanaan telah dijalankan hendaklah dalam segala hal mempunyai hakmilik yang sah ke atas barang itu terhadap penyelesai; dan
hak yang diberikan oleh subseksyen ini kepada penyelesai boleh diketepikan oleh Mahkamah dengan memihak kepada pemiutang setakat dan tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.
Bagi maksud seksyen ini—
pelaksanaan terhadap barang disempurnakan melalui penyitaan dan jualan;
penahanan sesuatu hutang disempurnakan melalui penerimaan hutang itu; dan
pelaksanaan terhadap tanah disempurnakan melalui jualan atau, dalam hal kepentingan ekuiti, melalui pelantikan penerima.
Syarikat 597