Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
531. Penolak tuntutan harta yang membebankan
Feedback & supportJika mana-mana bahagian harta sesuatu syarikat terdiri daripada—
apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah yang dibebankan dengan waad yang membebankan;
syer dalam perbadanan;
kontrak yang tidak menguntungkan; atau
apa-apa harta lain yang tidak boleh dijual, atau tidak tersedia untuk dijual, oleh sebab pemilik harta itu terikat dengan pelaksanaan apa-apa perbuatan yang membebankan, atau dengan pembayaran apa-apa jumlah wang, penyelesai syarikat, walau apa pun dia berusaha untuk menjual atau mengambil milikan harta itu atau menjalankan apa-apa perbuatan pemunyaan berhubung dengan harta itu, boleh, dengan keizinan
Mahkamah atau jawatankuasa pemeriksaan dan tertakluk pada seksyen ini, secara bertulis dan ditandatangani olehnya, pada bila-bila masa dalam masa dua belas bulan selepas permulaan penggulungan atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh
Mahkamah, menolak tuntutan harta itu.
Syarikat 593
Jika mana-mana harta di bawah subseksyen (1) tidak sampai ke pengetahuan penyelesai dalam masa tiga puluh hari dari permulaan penggulungan, kuasa untuk menolak tuntutan boleh dijalankan pada bila-bila masa dalam masa dua belas bulan selepas penyelesai itu mengetahui tentang harta itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah.
Penolak tuntutan hendaklah berkuat kuasa untuk menentukan, dari tarikh penolak tuntutan, hak, kepentingan dan liabiliti syarikat dan harta syarikat dalam atau berkenaan dengan harta yang ditolak tuntutan ke atasnya itu, tetapi tidak boleh, kecuali setakat yang perlu bagi maksud melepaskan syarikat dan harta syarikat itu daripada liabiliti, menyentuh hak atau liabiliti mana-mana orang lain.
Mahkamah atau jawatankuasa pemeriksaan sebelum atau semasa memberikan keizinan untuk menolak tuntutan boleh menghendaki apa-apa notis diberikan kepada orang-orang yang berkepentingan, dan mengenakan apa-apa terma sebagai syarat bagi memberikan keizinan, dan membuat apa-apa perintah lain mengenai perkara itu sebagaimana yang difikirkan adil oleh Mahkamah atau jawatankuasa pemeriksaan itu.
Penyelesai tidak berhak untuk menolak tuntutan jika suatu permohonan secara bertulis telah dibuat kepada penyelesai itu oleh mana-mana orang yang berkepentingan dalam harta itu yang menghendakinya supaya menentukan sama ada dia akan menolak atau tidak tuntutan itu, dan penyelesai itu tidak, dalam tempoh dua puluh lapan hari dari penerimaan permohonan itu atau apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah atau jawatankuasa pemeriksaan, memberikan notis kepada pemohon yang dia berniat untuk memohon kepada Mahkamah atau jawatankuasa pemeriksaan bagi kebenaran untuk menolak tuntutan, dan, dalam hal sesuatu kontrak, jika penyelesai itu selepas permohonan secara bertulis itu tidak menolak tuntutan kontrak dalam tempoh itu atau tempoh selanjutnya, penyelesai itu hendaklah disifatkan menerima pakai kontrak itu.
Mahkamah boleh, atas permohonan seseorang yang berbanding dengan penyelesai, berhak mendapat faedah atau tertakluk pada beban sesuatu kontrak yang dibuat dengan syarikat, membuat suatu perintah
594 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
yang membatalkan kontrak itu mengikut apa-apa terma tentang bayaran ganti rugi oleh atau kepada mana-mana pihak bagi ketidaklaksanaan kontrak itu, atau selainnya sebagaimana yang difikirkan adil oleh Mahkamah, dan apa-apa ganti rugi yang kena dibayar di bawah perintah itu kepada orang itu boleh dibuktikan olehnya sebagai hutang dalam penggulungan.
Mahkamah boleh, atas permohonan seseorang yang sama ada—
menuntut apa-apa kepentingan dalam mana-mana harta yang ditolak tuntutan ke atasnya; atau
di bawah apa-apa liabiliti yang tidak dilepaskan oleh Akta ini berkenaan dengan mana-mana harta yang ditolak tuntutan ke atasnya, dan setelah mendengar orang itu sebagaimana yang difikirkannya patut, membuat suatu perintah bagi peletakhakan harta pada atau penghantarserahan harta kepada mana-mana orang yang berhak pada harta itu, atau kepada orang yang difikirkan adil bagi harta itu dihantar serah dengan cara pampasan bagi liabiliti itu, atau pemegang amanah bagi orang itu, dan mengikut apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan adil oleh Mahkamah.
Setelah diserah simpan suatu salinan pejabat perintah peletakhakan dengan Pendaftar dan dengan Pegawai Penerima dan jika perintah itu berkaitan dengan tanah, dengan pihak berkuasa berkenaan yang berkaitan dengan perekodan atau pendaftaran urus niaga mengenai tanah itu, mengikut kehendak keadaan, harta yang terkandung dalam perintah itu hendaklah terletak hak dengan sewajarnya pada orang yang dinamakan dalam perintah itu bagi maksud itu tanpa apa-apa pemindahhakan, pemindahan atau penyerahhakan selanjutnya.
Walau apa pun apa-apa jua dalam subseksyen (7) dan (8), jika harta yang ditolak tuntutan ke atasnya adalah bersifat pegangan pajak,
Mahkamah tidak boleh membuat perintah peletakhakan yang memihak kepada mana-mana orang yang menuntut di bawah syarikat, sama ada sebagai pemajak kecil atau sebagai penerima gadai janji, kecuali mengikut terma yang menjadikan orang itu—
Syarikat 595
tertakluk pada liabiliti dan obligasi yang sama seperti yang tertakluk pada syarikat itu di bawah pajakan berkenaan dengan harta itu pada permulaan penggulungan; atau
jika difikirkan patut oleh Mahkamah, hanya tertakluk pada liabiliti dan obligasi yang sama seolah-olah pajakan itu diserahhakkan kepada orang itu pada tarikh itu, dan dalam mana-mana hal, jika keadaan menghendaki sedemikian, seolah-olah pajakan itu terdiri daripada hanya harta yang terkandung dalam perintah peletakhakan itu, dan mana-mana penerima gadai janji atau pemajak kecil yang enggan menerima perintah peletakhakan mengikut terma itu hendaklah tidak termasuk dalam segala kepentingan mengenai dan jaminan ke atas harta itu, dan, jika tiada seorang pun yang menuntut di bawah syarikat itu yang bersedia menerima perintah mengikut terma itu, Mahkamah boleh meletak hak estet dan kepentingan syarikat itu dalam harta itu pada mana-mana orang yang bertanggungan dengan sendiri atau yang bersifat sebagai wakil dan sama ada secara perseorangan atau bersesama dengan syarikat itu untuk melaksanakan waad penerima pajak dalam pajakan itu, dibebaskan dan dilepaskan daripada segala estet, bebanan dan kepentingan yang diwujudkan dalam perintah peletakhakan oleh syarikat itu.
Mana-mana orang yang terkilan dengan penguatkuasaan penolak tuntutan di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai pemiutang syarikat sehingga amaun kilanan, dan boleh membuktikan amaun itu dengan sewajarnya sebagai hutang dalam penggulungan.