Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

Bahagian V · Pelbagai

588. Penalti am

Feedback & support
(1)

Seseorang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini jika dia—

(a)

melakukan sesuatu yang dia dilarang daripada melakukan oleh atau di bawah Akta ini;

(b)

tidak melakukan sesuatu yang dia dikehendaki atau diarahkan supaya dilakukan oleh atau di bawah Akta ini; atau

(c)

selainnya melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini.

650 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(2)

Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan penalti atau hukuman tidak melebihi penalti atau hukuman yang disebut dengan nyata sebagai penalti atau hukuman bagi kesalahan itu, atau jika sesuatu penalti atau hukuman tidak disebut—

(a)

dalam hal seseorang itu merupakan seorang individu, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya;

(b)

dalam hal seseorang itu adalah selain seorang individu, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “individu” ertinya orang sebenar.

Report

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules