Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

Bahagian V · Pelbagai

587. Perlindungan kepada pegawai tertentu yang membuat penzahiran

Feedback & support
(1)

Jika pegawai sesuatu syarikat dalam penjalanan pelaksanaan kewajipannya mempunyai kepercayaan yang munasabah tentang apa-apa perkara yang boleh atau akan menyebabkan pelanggaran atau ketidakpatuhan mana-mana kehendak atau peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturannya, atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan serius yang melibatkan fraud atau kecurangan, sebagaimana yang ditakrifkan dalam perenggan 266(11)(b) telah, sedang atau berkemungkinan dilakukan terhadap syarikat itu atau Akta ini oleh pegawai lain syarikat itu, dia boleh melaporkan perkara itu secara bertulis kepada Pendaftar.

(2)

Syarikat itu tidak boleh memecat, menurunkan pangkat, mendiskriminasi, atau mencampuri urusan pekerjaan atau punca pendapatan yang sah pegawai syarikat itu disebabkan laporan yang dikemukakan di bawah subseksyen (1).

(3)

Tiada pegawai suatu syarikat boleh dibawa guaman terhadapnya dalam mana-mana mahkamah atau tertakluk pada mana-mana proses tribunal, termasuklah tindakan tatatertib bagi apa-apa laporan yang dikemukakan oleh pegawai itu di bawah subseksyen (1) dengan suci hati dan atas niat untuk melaksanakan kewajipannya sebagai pegawai syarikat itu.

Report

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules