Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

Bahagian V · Pelbagai

584. Memberikan maklumat dan butir-butir tentang pemegangan syer

Feedback & support
(1)

Pendaftar boleh pada bila-bila masa melalui notis secara bertulis menghendaki mana-mana syarikat, orang atau individu supaya memberikan semua maklumat dan butir-butir yang perlu tentang apa-apa syer yang diperoleh atau dipegang secara langsung atau tidak langsung sama ada bagi manfaatnya sendiri atau bagi mana-mana syarikat, orang atau individu lain dan menghendaki maklumat dan butir-butir itu ditentusahkan melalui akuan berkanun.

Syarikat 647

(2)

Mana-mana syarikat, orang atau individu yang disampaikan apa-apa notis di bawah subseksyen (1) hendaklah memberi Pendaftar semua maklumat dan butir-butir yang perlu tentang apa-apa syer yang diperoleh atau dipegang dan ditentusahkan dengan sewajarnya melalui akuan berkanun dalam masa tujuh hari dari penerimaan notis itu.

(3)

Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya sebanyak sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(4)

Mana-mana orang atau individu yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya sebanyak sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Report

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules