Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

Bahagian V · Pelbagai

589. Bagaimana dan bila prosiding dijalankan

Feedback & support
(1)

Pendaftar atau mana-mana orang tidak boleh menjalankan apa-apa prosiding bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini kecuali dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.

(2)

Pendaftar atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh

Pendakwa Raya secara bertulis hendaklah mempunyai hak untuk hadir dan didengar di hadapan Mahkamah Majistret atau Mahkamah Sesyen dalam apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini.

(3)

Prosiding bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini selain kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi lima tahun boleh didakwa di Mahkamah Majistret dan dalam hal suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh lima tahun atau lebih hendaklah didakwa di Mahkamah Sesyen.

Penyiasatan hal ehwal syarikat atas arahan Menteri

Report

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules