Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

Bahagian V · Pelbagai

586. Terjemahan surat cara

Feedback & support
(1)

Jika di bawah Akta ini suatu perbadanan dikehendaki supaya menyerah simpan dengan Pendaftar apa-apa surat cara, perakuan, kontrak atau dokumen atau salinan surat cara, perakuan, kontrak atau dokumen yang diperakui yang tidak ditulis dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa Inggeris, perbadanan itu hendaklah pada masa yang sama menyerah simpan dengan Pendaftar terjemahan surat cara, perakuan, kontrak atau dokumen itu yang diperakui sama ada dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa Inggeris.

(2)

Jika di bawah Akta ini sesuatu perbadanan dikehendaki supaya menjadikan tersedia bagi pemeriksaan awam apa-apa surat cara, perakuan, kontrak atau dokumen yang tidak ditulis dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa Inggeris, perbadanan itu hendaklah menyimpan di pejabat berdaftarnya di Malaysia terjemahan surat cara, perakuan, kontrak atau dokumen itu yang diperakui sama ada dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa Inggeris.

(3)

Jika apa-apa penyata kewangan, buku minit atau rekod lain sesuatu perbadanan dikehendaki oleh Akta ini supaya disimpan, tidak disimpan dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa Inggeris, pengarah perbadanan itu hendaklah menyebabkan suatu terjemahan sebenar penyata kewangan, buku minit atau rekod lain itu dibuat dari semasa ke semasa pada jarak waktu yang tidak lebih daripada tujuh hari dan hendaklah menyebabkan terjemahan itu disimpan bersama-sama dengan penyata kewangan, buku minit dan rekod lain yang asal selama yang penyata kewangan, buku minit dan rekod lain yang asal itu dikehendaki supaya disimpan oleh Akta ini.

(4)

Walau apa pun subseksyen (1), (2) dan (3), Pendaftar boleh menghendaki mana-mana syarikat supaya memfailkan apa-apa surat cara, perakuan, kontrak atau dokumen termasuk apa-apa penyata kewangan, buku minit atau rekod lain sesuatu perbadanan atau salinan yang diperakui dalam bahasa kebangsaan.

Syarikat 649

Report

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules