Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian V · Pelbagai
585. Mahkamah boleh memaksa pematuhan
Feedback & supportJika seseorang pegawai atau bekas pegawai suatu syarikat atau mana-mana orang lain tidak melakukan atau meninggalkan daripada melakukan apa-apa perbuatan, perkara atau benda yang oleh atau di bawah Akta ini pegawai atau orang itu dikehendaki atau diarahkan atau telah dikehendaki atau diarahkan untuk melakukan, termasuklah untuk membenarkan pemeriksaan apa-apa daftar, buku minit atau dokumen atau untuk memberikan salinan apa-apa daftar, buku minit atau dokumen,
Mahkamah atas permohonan
Pendaftar atau mana-mana anggota syarikat itu atau Pegawai Penerima atau penyelesai boleh melalui perintah menghendaki pegawai atau bekas pegawai atau orang itu supaya melakukan perbuatan, perkara atau benda itu dengan segera atau dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dibenarkan oleh perintah itu, dan bagi maksud mematuhi mana-mana perintah itu, bekas pegawai itu hendaklah disifatkan mempunyai kedudukan, kuasa dan kewajipan yang sama sebagaimana yang dipunyainya pada masa perbuatan, perkara atau benda itu dilakukan.
648 Undang-Undang Malaysia AKTA 777