Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

Bahagian V · Pelbagai

590. Section 590

Feedback & support
(1)

Menteri boleh, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan—

Syarikat 651

(a)

dalam hal suatu syarikat yang mempunyai modal syer—

(i)

tidak kurang daripada dua ratus anggota atau anggota yang memegang sekurang-kurangnya sepuluh peratus daripada syer pengeluaran; atau

(ii)

pemegang debentur yang memegang tidak kurang daripada dua puluh peratus daripada nilai debentur pengeluaran; atau

(b)

dalam hal suatu syarikat yang tidak mempunyai modal syer, tidak kurang daripada dua puluh peratus daripada jumlah keseluruhan anggota, mengisytiharkan hal ehwal syarikat atau syarikat asing disiasat di bawah seksyen ini.

(2)

Menteri boleh membuat pengisytiharan atas kehendaknya sendiri di bawah subseksyen (1) jika dia berpuas hati bahawa—

(a)

suatu keterangan prima facie telah dibuktikan bahawa bagi perlindungan orang awam, pemegang kepentingan sesuatu skim di bawah Akta Skim Kepentingan 2016, anggota atau pemiutang sesuatu syarikat atau syarikat asing, suatu penyiasatan hendaklah dijalankan di bawah seksyen ini;

(b)

adalah demi kepentingan awam supaya pengataan tentang fraud, misfeasans atau salah laku lain oleh orang yang mempunyai atau telah mempunyai perkaitan dalam penubuhan atau pengurusan suatu syarikat atau suatu syarikat asing disiasat di bawah seksyen ini;

(c)

bagi apa-apa sebab lain adalah demi kepentingan awam bahawa hal ehwal syarikat atau syarikat asing disiasat di bawah seksyen ini; atau

(d)

dalam hal suatu syarikat asing, pihak berkuasa yang berkenaan dari negara lain meminta supaya suatu pengisytiharan dibuat di bawah seksyen ini.

652 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(3)

Suatu permohonan di bawah seksyen ini hendaklah disokong oleh keterangan sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dan sebab daripada pemohon dalam menghendaki penyiasatan.

(4)

Sebelum mengisytiharkan bahawa suatu penyiasatan hendaklah dijalankan di bawah seksyen ini, Menteri boleh menghendaki supaya pemohon memberikan jaminan kepada apa-apa amaun sebagaimana yang difikirkannya patut bagi kos penyiasatan.

(5)

Pada atau selepas permulaan sesuatu penyiasatan di bawah seksyen ini sehingga habis tempoh tiga bulan selepas laporan akhir dikemukakan kepada Menteri tentang dapatan penyiasatan itu, tiada prosiding atau tindakan boleh dimulakan atau diteruskan di mana-mana Mahkamah tanpa persetujuan Menteri—

(a)

oleh syarikat berkenaan dengan atau berkenaan dengan apa-apa kontrak, bil pertukaran atau nota janji hutang; atau

(b)

oleh pemegang atau mana-mana orang lain berkenaan dengan mana-mana bil pertukaran atau nota janji hutang yang dibuat, dikeluarkan atau diterima oleh atau dikeluarkan, dipindahkan, dirundingkan atau diendorskan oleh atau kepada syarikat melainkan jika pada masa perundingan, pemindahan, pengeluaran, pengendorsan atau penghantarserahan itu, pemegang atau orang lain itu—

(i)

memberikan balasan wang yang mencukupi; dan

(ii)

pada bila-bila masa dalam masa tiga tahun sebelum ini, bukan merupakan anggota, pegawai, ejen atau pekerja syarikat atau isteri atau suami kepada anggota, pegawai, ejen atau pekerja syarikat.

(6)

Bagi maksud seksyen ini—

“hal ehwal syarikat” termasuklah—

(a)

penganjuran, penubuhan, keanggotaan, pengawalan, perdagangan, urus niaga, perniagaan dan harta syarikat;

Syarikat 653

(b)

pemilikan syer dalam, debentur atau kepentingan penyertaan yang dikeluarkan oleh syarikat;

(c)

penentuan orang yang berminat atau telah berminat dari segi kewangan dalam kejayaan atau kegagalan atau kejayaan atau kegagalan nyata syarikat atau yang mampu atau telah mampu untuk mengawal atau untuk mempengaruhi dasar syarikat secara material; dan

(d)

hal keadaan yang di bawahnya seseorang memperoleh atau melupuskan atau menjadi berhak untuk memperoleh atau melupuskan syer dalam, debentur atau kepentingan penyertaan yang dikeluarkan oleh syarikat;

“pegawai atau ejen”, berhubung dengan suatu perbadanan, termasuklah—

(a)

pengarah, jurubank, peguam bela atau juruaudit perbadanan;

(b)

seseorang yang pada bila-bila masa—

(i)

merupakan seseorang yang disebut dalam perenggan (a); atau

(ii)

telah selainnya diambil bekerja atau dilantik oleh perbadanan;

(c)

seseorang yang—

(i)

mempunyai dalam milikannya apa-apa harta perbadanan;

(ii)

berhutang dengan perbadanan; atau

(iii)

berupaya untuk memberikan maklumat mengenai penganjuran, penubuhan, perdagangan, urus niaga, hal ehwal atau harta perbadanan; dan 654 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(d)

jika terdapat alasan yang munasabah untuk mengesyaki atau mempercayai bahawa seseorang merupakan orang yang disebut dalam perenggan (c), orang itu.

(7)

Mana-mana orang yang mempunyai niat untuk menggagalkan maksud seksyen ini, atau untuk melengahkan atau menghalang penjalanan sesuatu penyiasatan di bawah seksyen ini—

(a)

membinasakan atau mengubah mana-mana buku, dokumen atau rekod atau yang berhubungan dengan sesuatu syarikat atau syarikat asing yang diisytiharkan di bawah seksyen ini;

atau

(b)

menghantar atau cuba untuk menghantar atau berkomplot dengan mana-mana orang lain untuk menghantar ke luar

Malaysia mana-mana buku, dokumen atau rekod itu atau apa-apa jenis harta yang dipunyai oleh atau dalam pelupusan atau di bawah kawalan syarikat atau syarikat asing, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.

Subpenggal 2

Kesalahan Am

Report

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules