Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

Bahagian V · Pelbagai

591. Pernyataan yang palsu dan mengelirukan

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap perbadanan yang mengiklankan, mengedarkan atau menyiarkan apa-apa penyata, laporan, perakuan, penyata kewangan atau dokumen lain yang dikehendaki oleh atau bagi maksud

Akta ini membuat atau membenarkan supaya dibuat suatu pernyataan yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa butir material dengan mengetahuinya sebagai palsu atau mengelirukan atau dengan sengaja meninggalkan atau membenarkan peninggalan itu atau penerimaan apa-apa perkara atau benda yang menjadikan dokumen itu mengelirukan dalam hal material dan tiap-tiap pegawai perbadanan yang diketahuinya membenarkan, mengarahkan atau bersetuju dengan

Syarikat 655

pengiklanan, pengedaran atau penyiaran itu melakukan suatu kesalahan, dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

dalam hal suatu perbadanan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit; dan

(b)

dalam hal pegawai perbadanan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.

(2)

Tiap-tiap orang yang dalam apa-apa penyata, laporan, perakuan, penyata kewangan atau dokumen lain yang dikehendaki oleh atau bagi maksud Akta ini—

(a)

membuat atau membenarkan supaya dibuat suatu pernyataan yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa butir material dengan mengetahuinya sebagai palsu; atau

(b)

mengelirukan atau dengan sengaja meninggalkan atau membenarkan peninggalan itu atau penerimaan apa-apa perkara atau benda yang menjadikan dokumen itu mengelirukan dalam hal material, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.

(3)

Jika seseorang pada suatu mesyuarat mengundi dengan menyokong supaya pernyataan yang disebut dalam seksyen ini dibuat dengan diketahuinya sebagai palsu, orang itu hendaklah disifatkan telah membenarkan pernyataan itu dibuat.

Report

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules