Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

Bahagian V · Pelbagai

592. Laporan palsu

Feedback & support
(1)

Pegawai suatu perbadanan yang, dengan niat untuk menipu, membuat atau memberikan atau dengan diketahuinya dan dengan sengaja membenarkan atau mengizinkan supaya dibuat atau diberikan, apa-apa pernyataan atau laporan yang palsu atau mengelirukan kepada—

656 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(a)

pengarah, juruaudit, anggota, pemegang debentur atau pemegang amanah bagi pemegang debentur perbadanan itu;

(b)

dalam hal suatu perbadanan yang merupakan suatu subsidiari, juruaudit syarikat pemegang;

(c)

bursa saham sama ada di dalam atau di luar Malaysia atau pegawai bursa saham itu; atau

(d)

Suruhanjaya Sekuriti, yang berhubungan dengan hal ehwal perbadanan itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.

(2)

Dalam subseksyen (1), “pegawai”, sebagai tambahan kepada takrif di bawah seksyen 2, termasuklah seseorang yang pada masa kesalahan itu dilakukan merupakan seorang pegawai perbadanan.

Report

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules