Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian VI · Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;
598. Section 598
Feedback & supportSeksyen ini terpakai jika suatu moratorium diperoleh bagi suatu syarikat atau kelulusan bagi perkiraan sukarela berhubung dengan suatu syarikat telah berkuat kuasa.
Jika didapati oleh penama atau penyelia bahawa mana-mana pegawai syarikat dahulu atau sekarang bersalah atas apa-apa kesalahan berkaitan dengan moratorium atau perkiraan sukarela, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang baginya dia bertanggungan secara jenayah, penama atau penyelia itu hendaklah dalam masa empat belas hari—
melaporkan perkara itu kepada Pendaftar; dan
memberi Pendaftar apa-apa maklumat dan memberi
Pendaftar akses kepada dan kemudahan untuk memeriksa dan mengambil salinan dokumen, yang merupakan maklumat atau dokumen dalam milikan atau di bawah kawalan penama atau penyelia itu dan yang berhubungan dengan perkara yang dipersoalkan itu, sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar.
664 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
Jika suatu laporan dibuat kepada Pendaftar di bawah subseksyen (2), Pendaftar boleh menghendaki supaya suatu penyiasatan dijalankan bagi maksud menyiasat perkara yang dilaporkan kepada Pendaftar dan apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan hal ehwal syarikat.
Jika Pendaftar atau mana-mana orang memulakan prosiding jenayah berikutan apa-apa laporan di bawah subseksyen (2), penama atau penyelia, dan tiap-tiap pegawai dan ejen syarikat dahulu dan sekarang hendaklah memberi Pendaftar segala bantuan berkaitan dengan pendakwaan yang semunasabahnya dapat diberikan oleh pegawai dan ejen syarikat dahulu dan sekarang itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.
Bagi maksud seksyen ini, “ejen” termasuklah mana-mana jurubank atau peguam cara syarikat dan mana-mana orang yang diambil bekerja oleh syarikat sebagai juruaudit, sama ada orang itu pegawai atau bukan pegawai syarikat.
Peruntukan Am