Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VI · Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

602. Pembetulan daftar

Feedback & support
(1)

Seseorang boleh memohon kepada Pendaftar untuk membetulkan sesuatu daftar jika kemasukan dalam daftar itu—

(a)

mengandungi perkara yang bertentangan dengan undang-undang;

Syarikat 667

(b)

mengandungi perkara yang, dalam butir material, adalah palsu atau mengelirukan dari segi bentuk atau konteks perkara itu dimasukkan;

(c)

disebabkan sesuatu peninggalan atau salah perihalan tidak dilengkapkan dengan sewajarnya; atau

(d)

tidak betul atau salah.

(2)

Setelah menerima permohonan di bawah subseksyen (1), supaya Pendaftar dapat memutuskan sama ada untuk meluluskan atau menolak permohonan itu, Pendaftar boleh—

(a)

menghendaki pemohon supaya mengemukakan apa-apa dokumen atau memberi Pendaftar apa-apa maklumat sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pendaftar supaya

Pendaftar dapat membetulkan kemasukan itu; atau

(b)

menghendaki pemohon supaya memberitahu tentang permohonan itu kepada mana-mana orang lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Pendaftar, yang merupakan orang yang didapati oleh Pendaftar sebagai yang terlibat atau mempunyai kepentingan dalam perniagaan.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), Pendaftar boleh menolak apa-apa permohonan jika kesalahan, kesilapan atau peninggalan itu tidak berbangkit dalam penjalanan biasa semasa menunaikan kewajipan Pendaftar.

(4)

Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Pendaftar di bawah seksyen ini boleh merayu kepada Mahkamah.

(5)

Apa-apa perintah yang dibuat oleh Mahkamah hendaklah diserah simpan dengan Pendaftar dan jika Mahkamah membuat perintah pembetulan, Pendaftar hendaklah membetulkan daftar dengan sewajarnya setelah menerima perintah itu.

(6)

Pendaftar boleh, tanpa sesuatu permohonan dibuat di bawah subseksyen (1), membetulkan daftar jika, pada pendapatnya, suatu kemasukan—

668 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(a)

mengandungi perkara yang bertentangan dengan undang-undang;

(b)

mengandungi perkara yang, dalam butir material, adalah palsu atau mengelirukan dari segi bentuk atau konteks perkara itu dimasukkan;

(c)

disebabkan sesuatu peninggalan atau salah perihalan tidak dilengkapkan dengan sewajarnya; atau

(d)

tidak betul atau salah.

Report