Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VI · Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

613. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

Feedback & support
(1)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi atau mengenai—

(a)

fi dan caj di bawah Akta ini, yang termasuklah pengecualian bayaran apa-apa fi dan caj mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri;

Syarikat 675

(aa)

mana-mana orang atau golongan orang yang boleh mengakses daftar pemunya benefisial syarikat atau maklumat pemunyaan benefisial, cara dan terma dan syarat bagi mengakses daftar itu;

(b)

apa-apa perkara yang berhubungan dengan apa-apa perakuan amalan yang dikeluarkan di bawah seksyen 241 termasuk tetapi tidak terhad kepada pembaharuan, pembatalan dan penggantungan;

(ba)

apa-apa perkara yang berhubungan dengan suatu kompromi atau perkiraan, perkiraan sukarela korporat, pengurusan kehakiman, penyelesaian dan penerimaan;

(c)

cara Pendaftar berurusan dengan harta yang terletak hak padanya di bawah seksyen 557; dan

(d)

segala perkara dan benda yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Akta ini supaya ditetapkan atau diadakan, bagi melaksanakan, atau menguatkuasakan dengan sepenuhnya, peruntukan Akta ini.

(2)

Mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini boleh memperuntukkan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang berlanggaran dengan perundangan subsidiari itu dan boleh memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report