Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian VI · Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;
615. Pengecualian
Feedback & support(1)
Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, melalui perintah mengecualikan mana-mana orang, perbadanan atau kelas perbadanan daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini.
(2)
Dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, Menteri boleh—
(a)
membentuk suatu jawatankuasa untuk membantunya dalam mencapai keputusan;
(b)
meminta maklumat atau dokumen atau pernyataan persendirian daripada mana-mana orang, perbadanan atau kelas perbadanan supaya dia berpuas hati dengan syor; dan
(c)
mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.