Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VI · Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

620. Pemansuhan dan kecualian

Feedback & support
(1)

Akta Syarikat 1965 adalah dimansuhkan.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1)—

(a)

apa-apa fi, caj atau apa-apa jumlah wang yang dibayar atau tidak dibayar di bawah Akta Syarikat 1965 yang dimansuhkan pada tarikh sebaik sebelum berkuat kuasanya peruntukan Akta ini yang berkaitan hendaklah, berkenaan dengan tempoh yang bersamaan, disifatkan telah dibayar atau tidak dibayar di bawah peruntukan Akta ini;

(b)

apa-apa permohonan kepada Menteri atau Pendaftar yang belum selesai sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah dianggap seolah-olah Akta ini belum diperbuat; dan

Syarikat 683

(c)

apa-apa kebenaran, arahan, keputusan, pemberitahuan, pengecualian dan tindakan pentadbiran yang lain walau apa jua dipanggil, dibuat, diberikan atau dilakukan di bawah atau mengikut, atau menurut kuasa peruntukan Akta ini yang bersamaan oleh Menteri, Suruhanjaya atau Pendaftar, dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan berhubung dengan orang yang baginya kebenaran, arahan, keputusan, pemberitahuan, pengecualian dan tindakan pentadbiran yang lain itu terpakai sehingga dipinda, dimansuhkan, dibatalkan, ditamatkan atau digantikan di bawah, mengikut atau menurut kuasa, peruntukan Akta ini yang bersamaan.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam Akta Syarikat 1965 atau Akta ini boleh menyentuh liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan atau pelanggaran yang dilakukan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini atau apa-apa prosiding yang dibawa, hukuman yang dikenakan atau tindakan yang diambil sebelum hari itu berkenaan dengan kesalahan atau pelanggaran itu.

(4)

Apa-apa hak, keistimewaan, obligasi atau liabiliti yang diperoleh, terakru atau ditanggung sebelum tarikh kuat kuasa atau apa-apa prosiding undang-undang, remedi atau penyiasatan berkenaan dengan hak, keistimewaan, obligasi atau liabiliti itu tidak terjejas oleh

Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah Akta ini belum diperbuat.

*CATATAN— lihat seksyen 15 Akta Syarikat (Pindaan) 2019 [Akta A1605] m.b.p.

15 Januari 2020 yang memberikan peruntukan kecualian dan peralihan seperti yang berikut:

**CATATAN—lihat seksyen 31 Akta Syarikat (Pindaan) 2024 [Akta A1701] m.b.p 21 April 2024 yang memperuntukkan seperti berikut:

Kecualian

*15. (1) Apa-apa permohonan yang belum selesai bagi—

(a)

suatu perintah untuk membenarkan mana-mana subsidiari kepada syarikat pemegangan untuk mempunyai tahun kewangan yang tidak sama dengan dengan syarikat pemegangan itu; dan 684 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(b)

suatu kelulusan atau kebenaran untuk dilantik sebagai penyelesai, yang dibuat sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini dan yang belum selesai di hadapan Pendaftar atau Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terus menjadi sah dan hendaklah diuruskan di bawah Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh

Akta ini.

(2)

Apa-apa perintah, kelulusan atau kebenaran yang dibuat atau diberikan di bawah Akta ibu sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya berhubung dengan orang yang baginya perintah, kelulusan atau kebenaran terpakai sehingga dipinda, dimansuhkan, dibatalkan, ditamatkan atau digantikan di bawah peruntukan Akta ini.

**31. Apa-apa penyiasatan, perbicaraan, prosiding atau tindakan yang belum selesai sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan mengikut peruntukan Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

Report

Schedules