Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VI · Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

600. Keterangan tentang kehendak statutori

Feedback & support

Dalam mana-mana prosiding undang-undang—

(a)

sesuatu perakuan yang ditandatangani dan dimeterai oleh

Pendaftar bahawa, pada suatu tarikh atau sepanjang suatu tempoh yang dinyatakan dalam perakuan itu, tiada syarikat didaftarkan di bawah Akta ini atau undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan dengan nama yang dinyatakan dalam perakuan itu hendaklah diterima sebagai keterangan prima facie bahawa pada tarikh itu atau sepanjang tempoh itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tiada syarikat didaftarkan dengan nama itu di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan; dan

(b)

sesuatu perakuan yang ditandatangani dan dimeterai oleh

Pendaftar bahawa kehendak Akta ini yang dinyatakan dalam perakuan itu—

(i)

telah atau tidak dipatuhi pada suatu tarikh atau dalam suatu tempoh yang dinyatakan dalam perakuan itu;

atau

(ii)

telah dipatuhi pada suatu tarikh yang dinyatakan dalam perakuan itu tetapi tidak sebelum tarikh itu, hendaklah diterima sebagai keterangan prima facie tentang perkara yang dinyatakan dalam perakuan itu.

Report