Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VI · Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

608. Menyerah simpan semula dokumen yang hilang atau yang musnah

Feedback & support
(1)

Jika Pendaftar mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa sesuatu dokumen berhubung dengan sesuatu perbadanan yang pada asalnya diserah simpan di bawah Akta ini telah hilang atau musnah, Pendaftar boleh melalui notis secara bertulis mengarahkan perbadanan itu supaya menyerah simpan semula suatu salinan dokumen itu mengikut cara dan dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.

(2)

Perbadanan atau mana-mana pegawai perbadanan hendaklah mematuhi arahan Pendaftar dalam masa empat belas hari dari penyampaian notis di bawah subseksyen (1) atau apa-apa tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar.

(3)

Selepas penyerahsimpanan di bawah subseksyen (1), salinan dokumen hendaklah, bagi segala maksud, mempunyai kuat kuasa dan

672 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

kesan yang sama sebagaimana dokumen yang pada asalnya diserah simpan.

(4)

Tiada fi boleh kena dibayar apabila menyerah simpan sesuatu dokumen di bawah seksyen ini.

(5)

Perbadanan dan mana-mana pegawai perbadanan yang tidak mematuhi arahan Pendaftar di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Report