Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian VI · Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;
609. Masa untuk menyerah simpan dokumen dan pelanjutan masa
Feedback & supportJika sesuatu dokumen dikehendaki supaya diserah simpan di bawah Akta ini dan tempoh masa bagi dokumen itu diserah simpan tidak ditetapkan, dokumen itu hendaklah diserah simpan dalam masa tiga puluh hari, atau dalam hal sesuatu dokumen yang dikehendaki supaya diserah simpan oleh syarikat asing, dalam apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar dalam hal keadaan khas, selepas berlakunya peristiwa yang dimaksudkan oleh dokumen itu.
Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa dan selepas pembayaran fi yang ditetapkan, untuk melanjutkan apa-apa tempoh masa yang berhubungan dengan penyerahsimpanan apa-apa dokumen yang dikehendaki supaya diserah simpan di bawah Akta ini kepada apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana yang difikirkan adil dan suai manfaat oleh Pendaftar, dan Pendaftar boleh menghendaki maklumat tambahan dan mengenakan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pendaftar.