Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VI · Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

601. Daftar dan pemeriksaan daftar

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada Akta ini, Pendaftar hendaklah menyimpan daftar sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pendaftar mengikut apa-apa bentuk yang difikirkan patut oleh Pendaftar.

666 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(2)

Mana-mana orang boleh, selepas pembayaran fi yang ditetapkan—

(a)

memeriksa apa-apa dokumen yang difailkan atau diserah simpan dengan Pendaftar yang bukan merupakan dokumen yang telah musnah atau selainnya dilupuskan di bawah seksyen 603;

(b)

menghendaki suatu pemberitahuan pemerbadanan mana-mana syarikat atau apa-apa perakuan lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini; atau

(c)

menghendaki suatu salinan atau cabutan daripada mana-mana dokumen yang berhak untuk diperiksa olehnya di bawah perenggan (a) atau apa-apa pemberitahuan atau perakuan yang disebut dalam perenggan (b) yang hendaklah diberikan dan diperakui oleh Pendaftar.

(3)

Jika penghasilan semula atau transparensi sesuatu dokumen, pemberitahuan atau perakuan dikemukakan untuk pemeriksaan, seseorang tidak berhak untuk menghendaki pengemukaan dokumen atau perakuan yang asal di bawah perenggan 2(a).

(4)

Sebutan dalam perenggan 2(c) mengenai sesuatu dokumen atau perakuan termasuklah, jika penghasilan semula atau transparensi dokumen atau perakuan itu telah dimasukkan dalam daftar yang disimpan oleh Pendaftar, sebutan mengenai penghasilan semula atau transparensi itu dan jika penghasilan semula atau transparensi itu telah dimasukkan, seseorang tidak berhak di bawah perenggan itu kepada salinan atau cabutan daripada dokumen atau perakuan itu yang asal.

Report