Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian VI · Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;
612. Kaedah perhubungan antara syarikat dengan anggota
Feedback & supportPerhubungan antara sesuatu syarikat dengan anggotanya mengenai perkara yang berhubungan dengan mesyuarat dan ketetapan, pemberian maklumat atau dokumen atau selainnya bagi maksud mematuhi Akta ini, boleh—
dalam salinan cetak;
dalam bentuk elektronik; atau
melalui kaedah lain yang dipersetujui antara syarikat dengan anggota.
Perhubungan dalam bentuk salinan cetak bagi perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (1) adalah sah jika—
674 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
dialamatkan kepada syarikat di pejabat berdaftar; atau
dialamatkan kepada anggota di alamat terakhir yang diketahui.
Perhubungan dalam bentuk elektronik bagi perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (1) adalah sah jika—
dialamatkan kepada syarikat di alamat yang diberikan bagi maksud itu; atau
dialamatkan kepada anggota di alamat terakhir yang diketahui yang diberikan bagi maksud itu.
Walau apa pun subseksyen (2) dan (3) dan tertakluk pada perlembagaan, syarikat boleh menggunakan apa-apa kaedah perhubungan yang dinyatakan dalam subseksyen (1) dan menentukan cara dan tatacara yang hendak diguna pakai.