Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian VI · Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;
610. Butir-butir dan cara maklumat dikehendaki supaya diserah simpan di bawah Akta ini
Feedback & support(1)
Sebagai tambahan kepada kehendak di bawah Akta ini, jika sesuatu dokumen dikehendaki supaya diserah simpan di bawah Akta
Syarikat 673
ini, Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan butir-butir, bentuk dan cara maklumat yang terkandung dalam dokumen itu.
(2)
Dalam menentukan sama ada suatu dokumen diterima untuk penyerahsimpanan di bawah Akta ini, Pendaftar boleh menghendaki seseorang yang mengemukakan dokumen itu untuk—
(a)
mematuhi butir-butir, bentuk atau cara untuk penyerah simpanan itu; atau
(b)
mengemukakan dokumen atau maklumat lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pendaftar.