Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VI · Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

618. Peruntukan peralihan yang berhubungan dengan pemansuhan nilai nominal

Feedback & support
(1)

Jika sesuatu syer dikeluarkan sebelum permulaan kuat kuasa seksyen 74—

(a)

amaun yang dibayar ke atas syer hendaklah menjadi jumlah semua amaun yang dibayar kepada syarikat pada bila-bila masa bagi syer, tetapi tidak termasuk apa-apa premium; dan

(b)

amaun tidak berbayar ke atas syer hendaklah menjadi perbezaan antara harga pengeluaran syer, tetapi tidak termasuk apa-apa premium, dan amaun yang dibayar ke atas syer.

(2)

Selepas permulaan kuat kuasa seksyen 74, apa-apa amaun dalam kredit akaun premium syer dan rizab tebus modal sesuatu syarikat hendaklah menjadi sebahagian daripada modal syer syarikat itu.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), suatu syarikat boleh, dalam masa dua puluh empat bulan selepas permulaan kuat kuasa seksyen 74, menggunakan amaun dalam kredit akaun premium syernya untuk—

(a)

mengadakan premium yang kena dibayar atas penebusan debentur atau syer keutamaan boleh tebus yang dikeluarkan sebelum permulaan kuat kuasa seksyen 74;

(b)

menghapus kira—

678 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(i)

perbelanjaan permulaan bagi syarikat yang dilakukan sebelum permulaan kuat kuasa seksyen 74; atau

(ii)

perbelanjaan yang dilakukan, atau komisen atau pembrokeran yang dibayar atau potongan yang dibenarkan, sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa seksyen 74, bagi apa-apa duti, fi atau cukai yang kena dibayar mengenai atau berkaitan dengan apa-apa pengeluaran syer syarikat;

(c)

membayar, di bawah suatu perjanjian yang dibuat sebelum permulaan kuat kuasa seksyen 74, syer yang tidak dikeluarkan sebelum tarikh itu dan yang dikeluarkan selepas tarikh itu kepada anggota syarikat sebagai syer bonus yang dibayar penuh;

(d)

membayar keseluruhan atau sebahagian baki tidak berbayar atas syer yang dikeluarkan sebelum permulaan kuat kuasa seksyen 74 kepada anggota syarikat; atau

(e)

membayar dividen yang diisytiharkan sebelum permulaan kuat kuasa seksyen 74, jika dividen itu dijelaskan melalui pengeluaran syer kepada anggota syarikat.

(4)

Walau apa pun subseksyen (2), suatu syarikat boleh, dalam masa dua puluh empat bulan selepas permulaan kuat kuasa seksyen 74, menggunakan amaun dalam kredit akaun rizab tebus modalnya untuk membayar syer yang tidak dikeluarkan sebelum tarikh itu dan yang dikeluarkan kepada anggota syarikat sebagai syer bonus yang dibayar penuh.

(5)

Walau apa pun subseksyen (2), mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan insurans atau takaful di Malaysia sebaik sebelum permulaan kuat kuasa seksyen 74, boleh memohon amaun dalam kredit akaun premium syernya sebaik sebelum tarikh itu melalui peruntukan atau pemindahan kepada mana-mana dana yang ditubuhkan dan disenggarakan di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Syarikat 679

(6)

Walau apa pun subseksyen (1), liabiliti pemegang syer bagi panggilan berkenaan dengan wang yang tidak dibayar atas syer yang dikeluarkan sebelum permulaan kuat kuasa seksyen 74, sama ada oleh sebab nilai tara syer atau melalui premium, tidak terjejas disebabkan oleh syer yang terhenti mempunyai nilai tara.

(7)

Bagi maksud pentafsiran dan pemakaian, selepas permulaan kuat kuasa seksyen 74, suatu kontrak, termasuk perlembagaan syarikat, yang dibuat sebelum tarikh itu atau suatu surat ikatan amanah atau dokumen lain yang disempurnakan sebelum tarikh itu—

(a)

sebutan mengenai nilai tara atau nilai nominal sesuatu syer ialah sebutan mengenai—

(i)

jika syer itu dikeluarkan sebelum tarikh itu, nilai tara atau nilai nominal syer sebaik sebelum tarikh itu;

(ii)

jika syer itu dikeluarkan pada tarikh itu tetapi syer daripada kelas yang sama dikeluarkan sebaik sebelum tarikh itu, nilai tara atau nilai nominal yang sepatutnya dipunyai oleh syer jika syer dikeluarkan sebelum tarikh itu; atau

(iii)

jika syer itu dikeluarkan pada tarikh itu dan syer daripada kelas yang sama tidak dikeluarkan sebaik sebelum tarikh itu, nilai tara atau nilai nominal yang ditentukan oleh pengarah, dan sebutan mengenai premium syer hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai apa-apa baki modal syer berhubung dengan syer;

(b)

sebutan mengenai suatu hak untuk mengembalikan modal atas sesuatu syer hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai suatu hak untuk mengembalikan modal sesuatu nilai yang bersamaan dengan amaun yang dibayar berkenaan dengan nilai tara atau nilai nominal syer itu; dan

(c)

sebutan mengenai nilai tara atau nilai nominal agregat bagi modal syer dikeluarkan syarikat hendaklah ditafsirkan

680 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

sebagai sebutan mengenai agregat itu sebagaimana yang ia wujud sebaik sebelum tarikh itu sebagaimana—

(i)

yang dinaikkan untuk mempertimbang nilai tara atau nilai nominal sebagaimana yang ditakrifkan dalam perenggan (a) bagi mana-mana syer yang dikeluarkan pada tarikh itu; dan

(ii)

yang dikurangkan untuk mempertimbang nilai tara atau nilai nominal sebagaimana yang ditakrifkan dalam perenggan (a) bagi mana-mana syer yang dibatalkan pada tarikh itu.

(8)

Sesuatu syarikat boleh memfailkan dengan Pendaftar suatu notis tentang modal syernya—

(a)

pada bila-bila masa sebelum—

(i)

tarikh syarikat itu dikehendaki supaya menyerah simpan penyata tahunannya selepas akhir tempoh yang disebut di bawah subseksyen (3); atau

(ii)

habis tempoh 180 hari selepas akhir tempoh yang disebut di bawah subseksyen (3), mana-mana yang terawal; atau

(b)

dalam apa-apa tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar, jika difikirkannya patut dalam hal keadaan kes.

(9)

Walau apa pun subseksyen (8), sesuatu syarikat boleh memfailkan dengan Pendaftar suatu notis tentang modal syernya lebih awal daripada tempoh yang disebut di bawah perenggan (8)(a) jika syarikat itu—

(a)

tiada amaun dalam kredit akaun premium syernya; atau

(b)

telah menggunakan amaun dalam kredit akaun premium syernya di bawah subseksyen (3).

Syarikat 681

(10)

Melainkan jika sesuatu syarikat memfailkan suatu notis tentang modal syernya di bawah subseksyen (8) atau (9), Pendaftar boleh bagi maksud rekod yang disenggarakan oleh Pendaftar menerima pakai, sebagai modal syer syarikat itu, nilai agregat syer yang dikeluarkan oleh syarikat itu sebagai nilai yang terdapat dalam rekod Pendaftar sebaik selepas akhir tempoh yang disebut dalam perenggan (8)(a).

Peruntukan peralihan am

Report