Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian VI · Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;
604. Penyerahsimpanan dokumen secara elektronik
Feedback & supportPendaftar boleh mengadakan suatu perkhidmatan penyerahsimpanan secara elektronik bagi dokumen yang dikehendaki oleh Akta ini supaya diserah simpan dengan Pendaftar.
Sesuatu dokumen yang diserah simpan secara elektronik di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan telah memenuhi kehendak bagi penyerahsimpanan jika dokumen itu disampaikan atau dihantar kepada Pendaftar mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.
Sesuatu dokumen yang dikehendaki supaya dicap, ditandatangani atau dimeterai hendaklah, jika dokumen itu diserah simpan secara elektronik, diperakui sebagai salinan sebenar atau disahkan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh
Pendaftar.
Jika sesuatu dokumen yang dikehendaki supaya ditandatangani dan dimeterai di bawah Akta ini difailkan secara elektronik, keperluan untuk pemeteraian tandatangan tidak terpakai.
Jika sesuatu dokumen diserah simpan secara elektronik dengan
Pendaftar, Pendaftar tidak bertanggungan bagi apa-apa kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana orang disebabkan oleh apa-apa kesalahan atau peninggalan daripada apa-apa jua jenis atau walau bagaimanapun berbangkit yang terdapat dalam mana-mana dokumen yang diperoleh oleh mana-mana orang di bawah perkhidmatan yang disebut dalam subseksyen (1), jika kesalahan atau peninggalan itu berlaku atau berbangkit akibat daripada apa-apa kecacatan atau kerosakan dalam perkhidmatan itu atau dalam
670 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
kelengkapan yang digunakan bagi menyediakan perkhidmatan itu atau tanpa pengetahuan Pendaftar.