Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VI · Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

607. Penguatkuasaan kewajipan untuk menyediakan penyata

Feedback & support
(1)

Jika sesuatu perbadanan atau seseorang, yang melakukan keingkaran dalam mematuhi—

(a)

mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang lain yang menghendaki supaya diserah simpan atau difailkan apa-apa penyata, akaun atau dokumen lain dengan

Pendaftar atau Pegawai Penerima mengikut apa-apa cara atau supaya diberikan notis kepada Pendaftar atau Pegawai

Penerima itu tentang apa-apa perkara; atau

(b)

apa-apa permintaan Pendaftar atau Pegawai Penerima untuk meminda atau melengkapkan dan mengemukakan semula apa-apa dokumen atau untuk mengemukakan dokumen yang baru,

Syarikat 671

gagal untuk membetulkan keingkaran itu dalam masa empat belas hari dari penyampaian kepada perbadanan atau orang itu suatu notis yang menghendaki supaya pembetulan keingkaran itu dibuat, Mahkamah atau mana-mana Mahkamah Sesyen boleh, atas permohonan mana-mana anggota atau pemiutang perbadanan itu atau oleh

Pendaftar atau Pegawai Penerima itu, membuat suatu perintah yang mengarahkan perbadanan itu dan mana-mana pegawai perbadanan atau orang itu untuk membetulkan keingkaran itu dalam apa-apa masa yang dinyatakan dalam perintah itu.

(2)

Perintah itu boleh memperuntukkan bahawa segala kos yang bersampingan dengan permohonan itu hendaklah ditanggung oleh perbadanan atau oleh mana-mana pegawai perbadanan atau orang yang bertanggungjawab bagi keingkaran itu.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh membataskan penguatkuasaan mana-mana undang-undang bertulis yang mengenakan penalti ke atas sesuatu perbadanan atau pegawainya atau orang itu berkenaan dengan apa-apa keingkaran.

Report