Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VI · Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

619. Section 619

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang dilantik di bawah undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan dan memegang jawatan pada permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah terus memegang jawatan seolah-olah dia dilantik di bawah Akta ini.

(2)

Apa-apa perbuatan yang dibuat, disempurnakan, dikeluarkan atau diluluskan di bawah undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan dan berkuat kuasa dan dilaksanakan pada permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah setakat yang perbuatan itu dibuat, disempurnakan, dikeluarkan atau diluluskan, di bawah Akta ini mempunyai kesan seolah-olah dibuat, disempurnakan, dikeluarkan atau diluluskan di bawah Akta ini.

(3)

Memorandum persatuan dan perkara persatuan sesuatu syarikat sedia ada yang berkuat kuasa dan dilaksanakan pada permulaan kuat kuasa Akta ini, dan peruntukan Jadual A di bawah Jadual Keempat

Akta Syarikat 1965 jika diterima pakai sebagai keseluruhan atau sebahagian daripada perkara persatuan suatu syarikat pada permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah mempunyai kesan seolah-olah dibuat atau diterima pakai di bawah Akta ini, melainkan jika diputuskan selainnya oleh syarikat.

(4)

Semua prosiding, undang-undang atau selainnya yang dimulakan sebelum dan yang belum selesai sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini di bawah Akta Syarikat 1965 hendaklah disifatkan telah dimulakan dan diteruskan di bawah Akta ini.

(5)

Suatu syarikat atau syarikat asing yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan hendaklah disifatkan telah didaftarkan di bawah Akta ini dan Akta

682 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

hendaklah diluaskan dan terpakai bagi syarikat itu dengan sewajarnya dan apa-apa sebutan mengenai Akta ini, secara nyata atau tersirat, mengenai tarikh pendaftaran syarikat itu hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai tarikh syarikat itu didaftarkan di bawah undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan itu.

(6)

Suatu syarikat yang dalam perjalanan penggulungan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus digulung di bawah peruntukan yang berkaitan dalam Akta Syarikat 1965.

(7)

Seksyen 308 Akta Syarikat 1965 hendaklah terus terpakai bagi sesuatu syarikat yang dalam perjalanan untuk dikeluarkan daripada daftar oleh Pendaftar sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini.

(8)

Menteri boleh mengarahkan Suruhanjaya supaya mengeluarkan garis panduan, pekeliling atau nota amalan untuk memperuntukkan apa-apa perkara yang berkuat kuasa sebelum permulaan kuat kuasa

Akta ini kena diuruskan mengikut apa-apa cara bagi menjadikan perkara itu selaras dengan Akta ini.

Report