Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VI · Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

603. Pelupusan rekod lama

Feedback & support

Pendaftar boleh, jika pada pendapatnya tidak perlu atau tidak wajar lagi untuk menyimpan rekod lama, memusnahkan atau memberikan kepada Arkib Negara—

(a)

dalam hal sesuatu perbadanan—

(i)

apa-apa penyata pengumpukan syer bagi wang tunai yang telah diserah simpan atau difailkan selama tidak kurang daripada tujuh tahun;

(ii)

apa-apa penyata tahunan atau penyata kewangan yang telah diserah simpan atau difailkan selama tidak kurang daripada tujuh tahun atau apa-apa dokumen yang mewujudkan atau memberikan keterangan mengenai sesuatu gadaian atau penyelesaian sesuatu gadaian dengan sepenuhnya atau sebahagiannya yang suatu memorandum penyelesaian gadaian telah didaftarkan selama tidak kurang daripada tujuh tahun; atau

(iii)

apa-apa dokumen lain, selain perlembagaan atau apa-apa dokumen lain yang menyentuh perbadanan itu, yang telah diserah simpan, difailkan atau didaftarkan selama tidak kurang daripada tujuh tahun;

Syarikat 669

(b)

dalam hal sesuatu perbadanan yang telah dibubarkan atau terhenti menjadi berdaftar selama tidak kurang daripada tujuh tahun, apa-apa dokumen yang diserah simpan, difailkan atau didaftarkan; atau

(c)

apa-apa dokumen yang telah dimasukkan dalam suatu daftar yang disimpan oleh Pendaftar dalam apa-apa jua bentuk.

Report