Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian VI · Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;
599. Nilai keterangan bagi salinan yang diperakui oleh Pendaftar
Feedback & support(1)
Sesuatu salinan atau cabutan daripada apa-apa dokumen yang difailkan atau diserah simpan di pejabat Pendaftar yang diperakui sebagai salinan atau cabutan sebenar yang ditandatangani dan dimeterai oleh Pendaftar hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding sebagai mempunyai kesahan yang sama dengan dokumen asal.
(2)
Sebutan dalam subseksyen (1) mengenai sesuatu dokumen termasuklah, jika penghasilan semula atau transparensi dokumen itu
Syarikat 665
dimasukkan dalam daftar yang disimpan oleh Pendaftar, sebutan mengenai penghasilan semula atau transparensi itu.