Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English

Bahagian V · Pelesenan dan Pendaftaran

48. Pemerolehan kepentingan dalam syer pemberi kredit berlesen

Feedback & support
(1)

Kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu Suruhanjaya, tiada seorang pun boleh memperoleh mana-mana kepentingan dalam syer suatu pemberi kredit berlesen yang dikawal selia oleh

Suruhanjaya dengan membuat suatu perjanjian atau perkiraan atau dalam apa cara sekalipun, jika pemerolehan itu akan menyebabkan orang itu memegang, berserta dengan apa-apa kepentingan dalam syer pemberi kredit berlesen itu yang telah ada dipegang olehnya, suatu kepentingan agregat tiga puluh tiga peratus atau lebih dalam syer pemberi kredit berlesen itu.

(2)

Suruhanjaya boleh menentukan perkara yang menjadi

“kepentingan dalam syer” bagi maksud subseksyen (1).

(3)

Kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu Pendaftar, tiada seorang pun boleh menjadi suatu pemegang syer substansial suatu pemberi kredit berlesen yang dikawal selia oleh Kementerian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

(4)

Bagi maksud subseksyen (3), “pemegang syer substansial”

hendaklah mempunyai erti sebagaimana yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 136 Akta Syarikat 2016.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (3)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VI

Perniagaan Kredit Islam

Bahagian VII

Pelakuan Perniagaan bagi Perlindungan Pengguna Kredit

Bahagian VIII

Pemeriksaan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Peruntukan Am

Schedules