Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English

Bahagian V · Pelesenan dan Pendaftaran

47. Pengawal pemberi kredit berlesen

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun boleh mempunyai kawalan ke atas suatu pemberi kredit berlesen melainkan jika—

(a)

orang itu telah memenuhi kehendak layak dan sesuai sebagaimana yang ditentukan di bawah seksyen 45 oleh

Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(b)

orang itu telah mendapat kelulusan bertulis terdahulu

Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2)

Mana-mana orang yang berniat untuk menjadi seorang pengawal hendaklah mengemukakan suatu permohonan kepada

Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam apa-apa bentuk atau mengikut cara sebagaimana yang ditentukan Suruhanjaya atau Pendaftar.

(3)

Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, pada bila-bila masa selepas penerimaan suatu permohonan di bawah subseksyen (2)—

(a)

menjalankan penyiasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu, termasuk menjalankan pemeriksaan terhadap latar belakang kewangan, profesional, jenayah atau yang lain ke atas orang itu; dan

(b)

melalui suatu notis bertulis menghendaki orang itu untuk memberikan kepadanya apa-apa dokumen atau maklumat tambahan sebagaimana yang disifatkan perlu oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, berhubung dengan permohonan itu.

(4)

Jika suatu perkara berbangkit sama ada seorang pengawal telah mematuhi kehendak layak dan sesuai yang ditentukan di bawah seksyen 45, Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah mempunyai budi bicara penuh untuk menentukan perkara itu.

Kredit Pengguna 51

(5)

Jika seorang pengawal tidak atau telah tidak mematuhi kehendak layak dan sesuai sebagaimana yang ditentukan di bawah seksyen 45 oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan—

(a)

suatu pemberi kredit berlesen hendaklah memberitahu

Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, secara bertulis mengenai ketidakpatuhan itu dalam tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh

Suruhanjaya atau Pendaftar; dan

(b)

pengawal itu hendaklah—

(i)

melupuskan pemegangan syer yang menjadikannya sebagai pengawal itu; atau

(ii)

terhenti mempunyai kawalan dalam, pemberi kredit berlesen itu dalam suatu tempoh atau mana-mana tempoh lanjut, dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(6)

Bagi maksud seksyen ini, “pengawal” ertinya seseorang yang—

(a)

berhak untuk menjalankan, atau mengawal penjalanan, tidak kurang daripada tiga puluh tiga peratus undi yang dikaitkan dengan syer mengundi dalam suatu pemberi kredit berlesen;

(b)

mempunyai kuasa untuk melantik, atau menyebabkan dilantik, suatu majoriti pengarah suatu pemberi kredit berlesen; atau

(c)

mempunyai kuasa untuk membuat, atau menyebabkan dibuat, keputusan berkenaan dengan perniagaan atau pentadbiran suatu pemberi kredit berlesen, dan untuk memberi kesan kepada keputusan itu atau menyebabkan keputusan itu diberikan kesan kepadanya, dan perkataan “kawalan” hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

Undang-Undang Malaysia 52

(7)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (5)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VI

Perniagaan Kredit Islam

Bahagian VII

Pelakuan Perniagaan bagi Perlindungan Pengguna Kredit

Bahagian VIII

Pemeriksaan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Peruntukan Am

Schedules