Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English
Contents

Bahagian V · Pelesenan dan Pendaftaran

49. Pelantikan juruaudit oleh pemberi kredit berlesen

Feedback & support
(1)

Suatu pemberi kredit berlesen, atas perbelanjaannya sendiri, hendaklah melantik secara tahunan seorang juruaudit bagi menjalankan suatu pengauditan ke atas perniagaan kreditnya.

Kredit Pengguna 53

(2)

Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, menghendaki seseorang juruaudit yang dilantik di bawah subseksyen (1)—

(a)

supaya memperbesar atau memperluas ruang lingkup pengauditan yang dijalankan di bawah subseksyen (1);

(b)

supaya menjalankan suatu pemeriksaan atau mengadakan apa-apa tatacara dalam apa-apa hal tertentu; atau

(c)

supaya mengemukakan kepada Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan—

(i)

apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, berhubung dengan pengauditan yang dijalankan oleh juruaudit; atau

(ii)

suatu laporan tentang apa-apa perkara dalam perenggan (a) dan (b).

(3)

Bagi maksud subperenggan (2)(c)(i), maklumat yang dikehendaki berhubung dengan pengauditan itu boleh termasuk yang berikut:

(a)

penyata kewangan perniagaan kredit itu;

(b)

bilangan transaksi yang berhubungan dengan perniagaan kredit itu;

(c)

suatu laporan tentang sama ada rekod yang sepatutnya bagi transaksi berhubung dengan perniagaan kredit itu telah disenggarakan; dan

(d)

suatu laporan tentang sama ada pemberi kredit berlesen itu telah mematuhi peruntukan Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis yang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Undang-Undang Malaysia 54

(4)

Pemberi kredit berlesen itu hendaklah mengemukakan suatu salinan laporan audit yang telah ditandatangani dengan sempurna oleh juruaudit itu kepada Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak lewat daripada tiga bulan atau apa-apa tempoh lain, selepas berakhirnya tahun kewangan pemberi kredit berlesen itu sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(5)

Jika semasa melaksanakan kewajipannya di bawah seksyen ini, seorang juruaudit yang dilantik di bawah subseksyen (1)

mengesyaki atau mempunyai pengetahuan bahawa pemberi kredit berlesen itu telah melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain—

(a)

juruaudit itu hendaklah dengan serta-merta melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(b)

juruaudit itu tidaklah bertanggungan—

(i)

bagi suatu kemungkiran suatu kewajipan kerahsiaan antara juruaudit dan pemberi kredit itu berkenaan dengan apa-apa pelaporan kepada

Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dibuat dengan suci hati di bawah Akta ini; atau

(ii)

untuk dibawa guaman dalam mana-mana mahkamah bagi fitnah berkenaan dengan apa-apa penyataan yang dibuat oleh juruaudit itu tanpa niat jahat dalam penunaian kewajipannya di bawah Akta ini.

(6)

Saraan dan perbelanjaan juruaudit itu yang berhubungan dengan apa-apa perkhidmatan di bawah seksyen ini hendaklah ditanggung oleh pemberi kredit berlesen itu.

(7)

Bagi maksud seksyen ini, “penyata kewangan” termasuklah kunci kira-kira tahunan terkini yang telah diaudit, akaun untung dan rugi, dan penyata yang menyatakan sumber dana, suatu pemberi kredit berlesen.

Kredit Pengguna 55

(8)

Suatu pemberi kredit berlesen yang melanggar subseksyen (1)

atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(9)

Seorang juruaudit yang melanggar subseksyen (2) atau perenggan (5)(a) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VI

Perniagaan Kredit Islam

Bahagian VII

Pelakuan Perniagaan bagi Perlindungan Pengguna Kredit

Bahagian VIII

Pemeriksaan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Peruntukan Am

Schedules