Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bahagian VIII · Prosiding Khas
329. Kewajipan pegawai polis untuk menyiasat kematian
Feedback & supportTiap-tiap pegawai yang menjaga sesuatu balai polis apabila menerima maklumat—
bahawa seseorang telah membunuh diri;
bahawa seseorang telah dibunuh oleh seorang lain, atau oleh binatang, atau oleh jentera, atau oleh suatu kemalangan;
bahawa seseorang telah mati dalam hal keadaan yang menimbulkan syak yang munasabah bahawa seorang lain telah melakukan suatu kesalahan;
*CATATAN─Pegawai Perubatan Angkatan Tentera hendaklah dikira sebagai Pegawai Perubatan
Kerajaan, bagi maksud siasatan ke atas kematian dan keterangan di bawah Kanun Tatacara Jenayah—
lihat P.U. 198/1952
214
Undang-Undang Malaysia
bahawa mayat seseorang telah dijumpai, dan tidak diketahui bagaimana orang itu telah menemui kematiannya; atau
bahawa seseorang telah mati dengan mengejut, hendaklah dengan kelengahan paling kurang yang dapat dilaksanakan menghantar maklumat itu kepada Pegawai penjaga Daerah Polis.
Apabila maklumat itu diterima, Pegawai penjaga Daerah Polis itu atau seorang pegawai polis lain yang bertindak di bawah arahannya dan yang merupakan sama ada pegawai yang menjaga sesuatu balai polis atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada sarjan hendaklah dengan segera pergi ke tempat mayat orang yang mati itu berada dan di situ hendaklah membuat suatu penyiasatan dan menyediakan laporan tentang sebab kematian yang zahir yang memperihalkan luka, fraktur, lebam dan tanda kecederaan lain yang didapati pada mayat itu, dan tanda, objek dan hal keadaan itu yang, pada pendapatnya, mungkin berhubungan dengan sebab kematian itu atau dengan orang, jika ada, yang menyebabkan kematian itu, dan yang menyatakan dengan cara bagaimana atau dengan senjata atau alat apa, jika ada, tanda itu didapati telah dibuat.
Tiap-tiap pegawai polis yang membuat penyiasatan di bawah seksyen ini mengenai sebab apa-apa kematian boleh menjalankan mana-mana atau segala kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diberikan kepada pegawai polis itu oleh Bab XIII dan seksyen 112, 113 dan 114 hendaklah terpakai bagi pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa dalam perjalanan penyiasatan itu.
Laporan itu hendaklah ditandatangani oleh pegawai polis yang menyediakannya, dan jika laporan itu tidak disediakan oleh Pegawai penjaga Daerah Polis, laporan itu hendaklah dikemukakan dengan segera kepadanya.
Pegawai penjaga Daerah Polis itu hendaklah dengan segera mengemukakan laporan itu kepada Majistret yang di dalam had tempatan bidang kuasanya mayat si mati itu telah dijumpai.
Kanun Tatacara Jenayah 215
Apabila maklumat yang diberikan di bawah subseksyen (1)
adalah sedemikian sifatnya sehingga, walau pun maklumat itu memberikan alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa suatu kematian telah berlaku, adalah tidak mungkin mayat orang yang mati itu boleh dijumpai oleh sebab ia telah dibinasakan oleh kebakaran atau selainnya atau oleh sebab hakikat bahawa mayat itu terletak di suatu tempat yang ia tidak boleh diambil, pegawai yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah, walau bagaimanapun, membuat suatu penyiasatan dan menyediakan suatu laporan, dan mengemukakan laporan itu kepada Majistret yang terhampir yang hendaklah meneruskan tindakan berkenaan dengan laporan itu sebagaimana dalam hal laporan yang dikemukakan di bawah subseksyen (5).