Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bahagian VIII · Prosiding Khas
340. Kebolehterimaan laporan perubatan dalam hal tertentu
Feedback & supportJika dalam perbicaraan mana-mana orang yang dipertuduh atas pematian salah terjumlah membunuh atau pematian salah tidak terjumlah membunuh dibuktikan bahawa Pegawai Perubatan yang
220
Undang-Undang Malaysia membuat pemeriksaan post-mortem ke atas mayat orang yang mati itu telah mati atau tidak ada di Malaysia, adalah sah untuk menerima apa-apa laporan Pegawai Perubatan itu yang telah dibuat di bawah peruntukan Kanun ini sebagai keterangan berkenaan dengan rupa mayat itu ketika diperiksa oleh Pegawai Perubatan itu dan berkenaan dengan sebab kematian itu.
Keterangan sedemikian hendaklah tertakluk pada apa-apa pengurangan beratnya sebagaimana yang difikirkan patut dibuat oleh
Mahkamah oleh sebab laporan itu telah tidak dibuat dengan bersumpah dan orang tertuduh itu tidak mempunyai apa-apa peluang bagi pemeriksaan balas.