Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bahagian VIII · Prosiding Khas
338. Keterangan dan dapatan hendaklah direkodkan
Feedback & supportMajistret yang mengadakan suatu siasatan di bawah Bab ini hendaklah merekodkan keterangan dan dapatannya mengenai siasatan itu dan hendaklah dengan segera menghantar kepada Pendakwa Raya keterangan dan dapatan yang asal itu yang disahkan dengan sewajarnya dengan tandatangannya atau suatu salinan keterangan dan dapatan itu yang diperakukan yang ditandatangani sendiri olehnya sebagai betul.
Tempat yang apa-apa siasatan kematian di bawah Bab ini diadakan hendaklah merupakan suatu tempat yang terbuka kepada orang awam. Tetapi seseorang Majistret yang mengendalikan suatu siasatan kematian boleh, atas alasan khas polisi awam atau kesuaimanfaatan, menurut budi bicaranya, menahan masuk orang awam atau mana-mana orang yang tertentu ke tempat yang siasatan itu sedang diadakan pada mana-mana peringkat siasatan itu.
Kanun Tatacara Jenayah 219