Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bahagian VIII · Prosiding Khas
335. Kuasa Majistret
Feedback & supportSeseorang Majistret yang mengadakan suatu siasatan di bawah Bab ini hendaklah mempunyai segala kuasa yang dia patut ada dalam mengadakan suatu siasatan mengenai sesuatu kesalahan.
Seseorang Majistret yang mengadakan suatu siasatan di bawah
Bab ini jika dia berpendapat adalah suai manfaat bahawa mayat orang yang mati itu patut diperiksa oleh Pegawai Perubatan untuk mengetahui sebab kematian boleh, sama ada pemeriksaan post-mortem telah dibuat di bawah seksyen 331 atau tidak, mengeluarkan perintahnya kepada Pegawai Perubatan supaya suatu
218
Undang-Undang Malaysia pemeriksaan post-mortem dibuat ke atas mayat itu, dan boleh bagi maksud itu memerintahkan supaya mayat itu digali.