Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bahagian VIII · Prosiding Khas
331. Pemeriksaan post-mortem ke atas mayat
Feedback & support(1)
Apabila maklumat yang disebut dalam seksyen 330 diterima,
Pegawai Perubatan Kerajaan hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan, membuat pemeriksaan post-mortem ke atas mayat si mati itu.
(2)
Sekiranya perlu untuk menentukan sebab kematian itu, Pegawai
Perubatan itu hendaklah, memperluas pemeriksaan itu kepada pembedahan mayat itu dan analisis terhadap mana-mana bahagian mayat itu, dan boleh menyebabkan mana-mana bahagian mayat itu dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan.