Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bahagian VIII · Prosiding Khas
330. Kewajipan pegawai untuk mengatur pemeriksaan post-mortem dalam hal tertentu
Feedback & supportTiap-tiap pegawai yang membuat penyiasatan di bawah seksyen 329 hendaklah, jika didapatinya ada apa-apa sebab untuk mengesyaki bahawa si mati telah menemui kematiannya secara mengejut atau secara luar biasa atau disebabkan oleh keganasan atau bahawa kematiannya telah dengan apa-apa cara disebabkan oleh atau telah dipercepat oleh apa-apa perbuatan atau peninggalan yang menyalahi undang-undang pada pihak mana-mana orang lain, dengan serta-merta memaklumkan *Pegawai Perubatan Kerajaan yang terhampir, melainkan jika didapatinya bahawa mayat itu patut diamati oleh
Majistret in situ, hendaklah membawa atau menghantarkan mayat itu ke hospital Kerajaan yang terhampir atau ke tempat lain yang sesuai bagi mengadakan pemeriksaan post-mortem ke atas mayat itu oleh seorang
Pegawai Perubatan Kerajaan:
Dengan syarat bahawa jika pegawai itu berpuas hati tentang sebab kematian itu dan bahawa si mati menemui kematiannya oleh sebab kemalangan, pegawai itu boleh memerintahkan supaya mayat itu dikebumikan dengan segera.
*CATATAN─Pegawai Perubatan Angkatan Tentera hendaklah dikira sebagai Pegawai Perubatan Kerajaan bagi maksud siasatan ke atas kematian dan keterangan di bawah Kanun Tatacara Jenayah—lihat
P.U. 198/1952.
216
Undang-Undang Malaysia