Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bahagian VIII · Prosiding Khas
333. Kewajipan Majistret apabila laporan diterima
Feedback & supportJika Majistret berpuas hati tentang sebab kematian tanpa mengadakan suatu siasatan di bawah Bab ini, dia hendaklah melaporkan sebab kematian itu kepada Pendakwa Raya sebagaimana yang telah ditentukan sehingga dia berpuas hati berserta dengan sebab mengapa dia berpuas hati sedemikian dan hendaklah pada masa yang
Kanun Tatacara Jenayah 217
sama menghantar semua laporan dan dokumen yang ada dalam milikannya yang berkaitan dengan perkara itu kepada Pendakwa Raya.
Dalam segala hal lain, Majistret itu hendaklah terus mengadakan suatu siasatan di bawah Bab ini secepat yang boleh.
Tidaklah perlu bagi Majistret itu untuk mengadakan apa-apa siasatan di bawah Bab ini atau untuk membuat apa-apa laporan di bawah subseksyen (1) jika apa-apa prosiding jenayah telah dimulakan terhadap mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang berkaitan dengan kematian si mati atau apa-apa kecederaan yang telah menyebabkan kematian itu.