Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bahagian VIII · Prosiding Khas
334. Siasatan mengenai sebab kematian seseorang dalam jagaan polis atau di dalam mana-mana rumah sakit
Feedback & supportApabila mana-mana orang mati semasa dalam jagaan polis atau di dalam hospital psikiatri atau penjara, pegawai yang mempunyai jagaan ke atas orang itu atau yang bertanggungjawab ke atas hospital psikiatri atau penjara itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dengan segera memberikan pemakluman mengenai kematian itu kepada Majistret yang terhampir, dan Majistret itu atau seseorang Majistret yang lain hendaklah, dalam hal kematian dalam jagaan polis, dan boleh dalam hal lain jika difikirkannya suai manfaat, mengadakan suatu siasatan mengenai sebab kematian itu.